.:andai kita tahu bila kita akan mati:.

kalaulah kita tahu bahawa esok kita akan mati sudah pasti kita tidak akan melepaskan sesaat pun untuk beribadat kepadaNYA. andainya manusia tahu bila hari kiamat akan tiba sudah pasti manusia itu tidak lupa sesaat pun menghambakan diri pada yang MAHA ESA. kalaulah aku tahu bila aku akan pergi pasti aku tidak lagi membiarkan diri ini lalai dengan mimpi sementara duniawi.

hidup didunia ini hanya mimpi kerana kehidupan yang sebenar adalah di akhirat sana. kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di akhirat iaitu mendapat syurga. alangkah indahnya mendapat syurga. layakkah kita? siapa kita untuk mendapat syurga? adakah kerana kita mengaku kita islam menentukan kita masuk syurga? kerana kita umat Nabi Muhammad kita akan dimasukkan syurga setelah terhapus dineraka segala dosa didunia? mampukah kita menghadapi neraka? SUBHANALLAH

kalaulah kita tahu bila kita akan mati. pasti kita berusaha menyiapkan diri menghadapi kematian.

Alangkah bertuahnya seseorang itu menghidapi penyakit kanser yang sudah tahu hanya beberapa bulan sahaja dia akan hidup. bertuahnya dia kerana tahu hayatnya sudah tidak lama. bertuahnya. dia boleh menggumpul pahala untuk bekalannya nanti. dia boleh menyiapkan dirinya menghadap Illahi. arrgggghhhhhh. betuahnya dia.

andai esok aku pergi adakah aku sudah bersedia? andai esok aku pergi cukupkah bekalan yang akanku bawa?andai esok aku pergi adakah amalanku didunia akan diterima?andai esok aku pergi....... renungkan dan fikirkan keadaan diri kita kini. bersediakah kita?

p/s: mengingati mati itu perlu
p/s: doaku agar kau aman disana wahai sahabat.

.:aku di sem akhir - dari ibu lahirnya seorang bayi:.


sebelum ira start modul baru ira nak kongsikan sedikit pengalaman dan apa yang ira dapat dalam modul obstetrik and ginekologi(O&G). dalam modul ni ira belajar tentang ibu hamil sehingga melahirkan dan juga tentang sakit puan/ penyakit pada sistem reproduktif wanita. memang sangatlah berkaitrapat dengan ira kerana ira kan perempuan. banyak yang ira dapat semasa modul ni.

serius best sangat modul ni. apa yang ira dapat harap dapat digunakan dalam kehidupan ira seharian dan dapat membantu masyarakat sekeliling. ok apa yang ira nak share kat sini hope sedikit sebanyak dapat memberi maklumat pada korang diluar sana. sebenarnya banyak nak yang nak share apa yang ira belajar. tapi ni ira nak share pengalaman ira jer yang harap membuka mata korang sebagai seorang anak.
  1. semua orang cakap seorang ibu bertarung dengan nyawa ketika melahirkan seorang bayi. korang faham tak maksud sebenar ayat tu? semasa mehirkan seorang bayi seorang ibu akan berusaha menggunakan sepenuh tenaga untuk mengeluarkan seorang bayi dengan meneran. korang tau tak, bukan senang tau nak keluarkan seorang manusia/ bayi dari lubang rahim yang sempit tu. cuba korang tengok kepala baby, besarkan. hebatya kuasa Allah. semasa melahirkan ibu berhadapan mungkin risiko seperti pendarahan yang banyak, penyumbatan air ketuban pada salur darah, pegumpalan darah beku yang boleh menyebabkan kematian. bahayakan. walaupun ibu melahirkan cukup bulan dan tiada komplikasi tidak bermakna ibu tidak bertarung dengan nyawa ya. pengorbanan ibu itu sangat besar.
  2. 1st day ira masuk labor room/ bilik bersalin sangatlah terkejut sebab jeritan-jeritan yang kuat dari bilik ibu yang sedang bersalin. 1st time tengok memang tak sanggup. rasa nak nangis masa tu tengok ibu tu menahan kesakitan yang teramat sangat. tapi bila tengok suami si ibu nangis mungkin mingkin gembira sebab mendapat cahaya mata ira pun nangis. adoiii. malu betul kene gelakkan dengan staffnurse kat situ. biasalah 1st time tengok. takde experient sebelum ni. kalau korang lak camne? tengok ibu korang sedang menahan kesakitan mesti korang sedihkan. walaupun yang ira tengok tu buka ibu ira, ira dapat bayang camne susahnya ibu ira melahirkan ira dulu.
  3. kalau tengok muka baby yang baru lahir ni memang sayu jer hati. kalau siapa yang tengah marah tu tengok memang sejuk terus hati. tengok muka baby pun rasa nak nangis. 1st ayat ira keluar masa tengok baby tu ialah tahniah awak dapat melihat dunia dan kakak yang comel ni. kekeke. betullah yang dikatakan bayi ni adalah salah satu keajaiban dunia.
  4. untuk pengetahuan korang semasa melahirkan ibu melahirkan 2 kali iaitu bayi dan uri/plasenta. ramai yang tak tahu kan. selepas bersusah payah melahirkan seorang bayi, uri/plansenta pula yang akan di keluarkan.
  5. semasa ibu sedang melahirkan suami sangatlah penting memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada isteri. jangan duk diam jer lak masa isteri sedang sakit melahirkan. bantulah isteri dengan bagi kata-kata semangat. macam ira tengok seorang suami tu siap kipaskan isteri lagi masa isteri sedang meneran walaupun bilik bersalin tu ada air cond. sweet betul. camtulah kalau sayang bini. ni ada yang ira tengok diam jer kat sebelah. macam takde perasaaan lak. oiiittt. isteri kau tengah sakit tu. kau buat tak tahu jer. geram tol tengok. so bakal-bakal suami kat luar tu sila ambil tahu yer. sokongan kamu sangat penting.
tu jer pengalaman yang ira dapat kongsikan. kalau korang nak ira share apa yang ira belajar dalam modul ni bagi tau ok. antaranya:
  • contraception( pencegah kehamilan)
  • waktu subur
  • tanda-tanda bersalin
  • penjagaan selepas bersalin
  • kebaikan susu ibu
  • penyakit semasa hamil
  • penyakit kelamin
  • penyakit sistem reproduktif
kalau korang naklah. kalau tak nak tak pe.

p/s: hargailah pengorbanan seorang ibu

.:aku REVIEW sambil SEDEKAH!:.


salam satu Malaysia. hari ni ira nak join segmen dari blog kaif-amb yang bertajuk "aku REVIEW sambil SEDEKAH!". siapa nak join klik sini.

pandangan, pendapat dan kutukan aku untuk blog kaif-amb??? macam mana yerkkkk

ok, sebenarnya ira kenal pemilik header diatas didalam sahabat blogger(SB). maklumlah artis SB. kalau tak caya tanyalah kat SB tu. mesti semua orang kenal. tapi tak tahulah dia kenal ira ke tak. nama dia dalam facebook Kyerull L Fresco. entah apakah maknanya ira pun tak tahu. ira penah jumpa kyerull ni 2kali jer. tu pun masa melawat dia di hospital Kuala Lumpur. entah dia ingat ira lagi ke tak.

komen ira untuk kyerull:
  • seorang yang peramah, friendly dan kelakar
  • anak manja(anak mak) tak tahulah betul ke tak. tapi rasanya betul sebab masa ira jumpa dia nampaklah dia tu cam anak manja (kyerull jangan marah)
  • seorang yang femes dalam SB
  • amb- aku manusia biasa
  • best tengok vlog pertama kyerull( suka lagu dia nyanyi)
  • blog yang simple but nice (sebab ira suka hitam dan putih a.k.a tahi cicak) kekeke
  • font ok. senang nak baca. tulisan jelas. header gambar cam tengah meneran jer. kakaka (takde lah gurau jer)
  • entry blog pun ok. taklah bosan baca
p/s: kalau ada yang ko tak suka dalam komen aku ni jangan marah yerrr kyerull
p/s: sama-samalah kita memertabatkan dunia blog (tetibe)

.:pemandu kurang sopan ketika hujan:.


bila time hujan pemandu biadap?betul ke?kenapa aku cakap camtu? sepatutnya bila hujan cuaca sejuk, hati pun sejuklah memandu. lainlah kalau panas, hati, kaki, tangan semua panas. kaki tekan minyak habis, tangan kawal stereng ada aku kesah. lagi-lagi bawa kat highway jalan yang lurus tu. dah la orang kita ni selalu doa memang selalu doa minta mati dijalan yang lurus. memang terkabullah doakan. pemandu biadap siapa salah? takkan nak salahkan sekolah memandu sedangkan diri sendiri yang kurang sopan. tepuk dada tanya selera nak makan apa. haha. mungkin kita pernah digelar pemandu biadap tanpa disangka sedangkan kita merasa dah cukup berhemah dijalan raya. mungkin juga gelaran yang sama kita bagi pada orang lain sedangkan kita sama macam dia. sendiri mau ingatlah.

ok, sebenarnya aku tujukan tajuk entry ni kepada pemandu yang membawa laju ketika hujan. kenapa? sebabnya sepanjang pemerhatian aku hampir 3tahun duduk di Kuala Lumpur ni dan spesifikkan di kawasan aku tinggal & hopital tempat belajar, aku sangatlah geram & sakit hati kepada pemandu tak kiralah pelajar ke, jururawat ke, doktor ke, engineer ke, pengawai ke, pelawat ke yang memantu laju time hujan. BODOH apa. kau sendiri tau kawasan ni kebanyakkan orang berjalan kaki.

keadaan ketika hujan:
"takde otak ke bawa laju. abis baju aku kene lecak yang kau langgar. otak letak kat patella(lutut) ke apa ni"- kata dari seorang yang tidak dikenali

"BODOH punya kereta, kau ingat ni jalan tok kau ker nak bawa laju-laju. tak tahu ke ni hospital"-kata seorang pekerja di hospital berkenaan

"S**Llah mamat ni. bawa slow sikit tak boleh ker?" - kata seorang awek

"lajulah time hujan-hujan ni, jap lagi pangggg kat depan tu memang baguslah. dah tepat sangatlah kat hospital. tak yah jauh-jauh ambulan nak angkut" - kata siapa pun aku tak tahu

"Allahdullilah petang ni kene percikkan takungan air yang di langgar kereta BMW tu. biarlah. sekali sekala. BMW pulak tu. bukan calang-calang orang boleh rasa. kira aku beruntung wooo"- kata aku dalam keadaan letih ketika pulang dari wad sambil memandang kereta tersebut(*poyo)

kenapa ayat-ayat diatas dikeluarkan oleh orang-orang yang menjadi mangsa pemandu yang memandu ketika hujan? sebabnya korang boleh fikir kan dan memang patut pun kena ayat macam tu.

p/s: aku sebagai tuan punya blog menyeru kepada semua pemandu di luar sana supaya memandu secara berhemah terutamanya ketika hujan. HORMATILAH PEJALAN KAKI seperti AKU

.:review dari puteri katek:.

entry ni khas untuk ucapan ribuan terima kasih dari blog puterikatek kerana review blog ira. thanks a lot. diri ni berasa sangat bangga kerana di review oleh puterikatek. segala teguran akan cuba di perbaiki oleh tuan punya blog. sekian

p/s: entry kene pendek-pendek.kekeke

.:Hanis, ribenputih, AreNice birthday:.

Happy Birthday Hanis Binti Mamat!!!
Happy Birthday blog Riben Putih!!!
Happy Birthday Are Nice!!!
Happy Birthday Kirinselama perak!!!OoopppPPPSSSssss salah lak

entry ni khas buat Hanis, buat blog ribenputih, buat Are Nice & juga semestinya bukan untuk Kirinselamaperak. ok. sebenarnya Hanis, ribenputih & Are Nice adalah orang yang sama.

selamat ulangtahun kelahiran yang ke 21 Anik. yeaahhhhhhhh. Cik Anik dah tua. kekeke. lepas ni nak panggil kak anik lah. bolehkan. kenapa aku buat entry birthday untuk Are Nice? Kenapa tak buat untuk orang lain? ehhhhhh! suka hati akulah. ini blog aku, aku punya sukalah. sekian inilah cik Anik.

kartun tu Are Nice ker? bukanlah. tu doodle Are Nice


gambar curi



gambar last date dengan Are Nice. actually date berlima
to Hanis, blog ribenputih, Are Nice:

semoga awak ceria-ceria selalu. semoga awak cepat besar dari ira. semoga awak berjaya menjadi seorang jururawat. semoga awak berjaya dalam hidup. semoga awak tak keras kepala. semoga awak maintain comel. semoga awak capai apa yang awak mahukan. semoga dengan peningkatan umur dapat mematangkan diri awak tu. takmo nakal-nakal. takmo marah-marah. takmo nangis-nangis(klu nangis suh KSP pujuk). takmo hadiah dari ira. kekeke.

p/s: nak hadiah ker?OH hadiah JER!
p/s: jadi orang last tak?

.:why we choose this way/path:.


salam semua. hari ni ira nak share cikit. tadi ira ade join 1 usrah yang bertajuk "we choose this way". oklah. banyak input yang ira dapat dan hope it will be helpful in everyday life dalam mencari keredhaan Allah.

dia bertanya, jalan apa yang kita pilih dalam kehidupan?which way?dan mengapa kita memilih jalan tu?tanyalah diri anda mengapa anda memilih sesuatu itu. adakah jalan lurus?adakah jalan senget-benget? adakah untuk kepentingan diri semata-mata? adakah ianya mencari duniawi semata? adakah kerana tanggungjawab anda melakukannya? adakah kerana paksaan?adakah itu jalan yang akan membawa anda ke jalan yang lurus dan diredhai?anda sendiri boleh memikirkan itu. contoh ira sebagai seorang pelajar kejururawatan. mengapa ira memilih jururawat sebagai kerjaya ira?adakah kerana minat? peluang pekerjaan? paksaan? adakah kerjaya ini yang menentukan masa depan? atau adakah mengikut kata orang? ia tidak tertumpau hanya pada pekerjaan semata. contoh lain. kenapa kamu berkawan dengan dia? adakah dia memberi faedah kepada kamu? kenapa kamu membaca? adakah bacaan itu memberi ilmu kepada kamu?

keputusan itu terletak pada seseorang itu sendiri? adakah korang memilih seseuatu itu kerana majoriti? kalau ikut majoriti adakah perkara itu benar?

"Dan jika engkau menurut kebanyakkan orang yang ada dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan-sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah SWT). " Surah al-An'am:ayat 116
ayat di atas menunjukkan tidak semestinya suara majoriti itu adalah betul. kita harus memandang apa yang baik atau tidak mengikut syarak. so, kalau nak buat keputusan tu jangan ikut orang lain. fikirkan keputusan yang sebaiknya.

antara kata-kata yang ira tertarik dalam usrah tadi:
  • janganlah kamu remehkan sesuatu kebaikan walaupun kecil
  • 1 perkara yang kita ringankan beban seorang manusia, Allah akan senangkan 1 beban kita di padang Mahsyar
  • sebesar kesibukkanmu kerana Allah, sebesar itu orang sibukkan untuk anda
  • setiap apa yang kita lakukan perlu fikirkan syurga neraka
  • setiap piliha ada konsekuensinya
p/s: sedikit info yang dapat ira share kat korang
p/s: pentingnya ilmu supaya kita baik buruk setiap apa yang kita lakukan.

.:demam doodle:.

selamat petang semua. petang ni aku nak gelak-gelak sebab lame tak gelak sendiri. aku seronok tengok doodle yang comel-comel. siapakah yang memulakan doodle di SB? aku pun tak tahu. thanks pada Cik Bulat sebab buat doodle untuk aku.
ni doodle aku hasil karya cik bulat. thanks a lot cik bulat.



antara doodle-doodle yang aku rasa comel:

nie doodle cik bulat. comelkan. tudung bunga-bunga gitu

doodle Aslann As. simple but smart. kaca hitam

ni lak doodle are nice. hasil karyanya sendiri. cute macam orangnya. hanis, nak doodle 1 boleh?kekeke


doodle ahmad jer. aku tak tahu sape yang buat. ahmad jer buar sendiri mungkin sebab dia pandai melukis. ciap ada cap lagi. AJ, aku nk doodle 1 boleh?

ni doodle Kirinselamaperak. doodle ni hasil karya are nice.


yang lagi satu aku sangat suka. profile picture munira sajuti. haha. dia curi semuanya. curi-curi. mana entah doodle die. aku pun tak tau. cik munira, saya suka profile pic awak.

p/s: siapa tau doodle aku tu apa yang menunjukkan itu ialah aku?teteka-teteka.

.:saya blogger gila trafik:.


aku join bloglist taufiqhelios sebab aku gila trafik. sape nak join klik sini.

kenapa trafik penting?boleh tak aku nak cakap tipu kalau seorang blogger tu tak suka bila trafik dia up. haha. trafik penting pada aku sebab aku gila trafik. tapi tak gila taufiqhelios. hehe gurau jer. oklah sebenarnya trafik ni memang penting sangat dalam dunia blog ni.

trafik penting kerana:
  • tengok samada blog kita di baca atau tidak.
  • trafik penting untuk tambah followers walaupun aku tak gila followers.
  • trafik penting sebab naikkan BE aku. walaupun BE tak banyak cam blogger lain tapi happy woooo bila dapat.
  • lagi satu percayalah trafik ni boleh buat mood korang happy. macam aku. memang happy kalau trafik tinggi.
apa yang aku buat untuk naikkan trafik aku?
  • dulu selalu aku blogwalking tinggalkan link kat shoutbox. tapi sekarang dah jarang. shoutbox aku pun dah takde.
  • ping link kat facebook especially kat sahabat blogger, gengblogger, twitter dan mana yang aku rasa sesuai untuk di ping.
  • komen kat blog orang lain.
  • follow blog orang tapi ni jarang aku buat.
p/s: korang lak camne?

.:Curang, Asam Garam Kehidupan:.


selamat malam semua. malam ni nak join 1lagi segmen dari bro framestone. bagi orang macam aku yang memang otak karat takde idea nak buat blog memang sesuailah join segmen. at least ade cikit pelincir kat otak ni. ok, back to main. tajuk segmen kali ni ialah "Curang, Asam Garam Kehidupan". creadit to nurelle.

nak cerita pasal curang ni aku bukan tahu sangat pun sebab aku ni tak banyak pengalaman bercinta. tapi disebabkan aku ni seorang pendengar cerita atau tempat orang meluahkan isi hati dapatlah cikit pengalaman.

pada aku, curang tu memang biasa kita dengar. kalau la cakap kat paper tu rasanya dalam 1hari hari ada 2,3 cerita yang terpampang. tu baru yang kat akhbar belum tengok kat dunia realiti yang penuh konspirasi ni. bagi pasangan yang belum berkahwin tu aku nasihatkan korang tinggal jer pasangan korang tu kalu dia berlaku curang. kenapa aku cakap camtu???sebabnya kalau masa bercinta pun dah curang nanti dah kahwin camne?sanggupkah anda diperlakukan bergitu?lu pikirlah sendiri.

sebab apa sesorang itu curang?
  1. bagi aku sebab dia bukan seorang yang setia. haha. yelah kalau dah curang tu tak setialah kan.
  2. sebab hobi seseorang itu yang suka didampingi ramai wanita/lelaki. nak buat camne kan dah hobi dia camtu.
  3. dia rasa dia hensem/ cantik sangat. padahal muka macam pondok tak siap.
  4. kesunyian sebab pasangan terlalu sibuk. ni pun 1. fahamlah cikit orang sibuk cari duit nak bagi kesenangan. kang bagi makan pasir baru tau.
  5. kene kahwin paksa. mak ayah suh kahwin, kene plak tu musuh kita. hahaha. nasib badan.
  6. yang ni ayat dari bro. "pasangan tidak seperti yang diharapkan". ni memang betullah. tulah janganlah demand sangat. cuba untuk terima pasangan kita seadanya.
  7. bosan. biasalah manusia cepat bosan. bila dah bosan carilah yang lain.
  8. lagi 1 yang biasa terjadi zaman sekarang. gara-gara facebook seseorang itu boleh berlaku curang.
oklah tu jer yang boleh difikirkan oleh otakku yang karat ni. sekian.

.:SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA:.

salam 1malaysia. hari ni nak join segmen dari abang Ben. ni merupakan kali pertama aku join segmen dari blog Ben Ashaari. sape nak join klik sini.

menjawab soalan dari Abang Ben

LELAKI pilihan anda ?
  • lelaki pilihan aku. kalau tanya aku, aku ni memang memilih sangat. haha. oklah. sebenarnya aku tak kesah pun lelaki camne. cukup lelaki itu boleh mendidik, bertanggungjawab dan jujur its enough. kalau boleh dapat yang penyayang lagi aku nak. tapi yang paling penting hormat keluarga aku terutama ibu dan ayah aku. kalau soal rupa tu aku tak memilih sangat. sedap mata memandang ok dah. tapi kalau bolehlah nak yang berkumis cikit. nampak sweet. hehe.
Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
  • bagi aku istilah seksi pada lelaki terlalu subjektif. memang susah nak describe kekseksian seorang lelaki ni. pada aku lelaki tu seksi bila dia sedang berusaha melakukan sesuatu kerja. lagi suka kalau tengok seorang lelaki sedang bermain dengan budak or baby. seksi ke?tu pada kaca mata aku. lelaki seksi kalau kulit dia sawo matang, kalau putih tak seksi. haha
LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
  • memang biasa kita dengar lelaki ni sanggup berkorban demi cinta. ada yang sanggup terjun bangunanlah, gantung diri dan macam-macam. tu memang kerja gila. biasalah lelaki sebelum dapat macam-macam sanggup buat tapi bila dah dapat buat tak tau jer. cintalah sangat. bagi aku tak salah berkorban demi cinta asalkan tidak lupa cinta pada Allah, pada Rasulullah dan ibubapa.
Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
  • kalau kita tanya wanita-wanita kat Malaysia ni, ehhhhhhh kita buka luas cikit. kat dunia ni lah kan. 99% pasti akan menjawab tidak pada hidup bermadu termasuklah aku. tapi kalau dah ketentuanNya untuk aku hidup bermadu, aku redha. jodohkan ditangan Tuhan. kita tak tahu apa akan berlaku pada esok hari.
Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
  • kalau aku tahu si dia ada orang lain aku tinggal jer kot. watpe nak buang masa selidik or tarik rambut(biasalah perempuan kalau gadoh). tu kalau belum berkahwinlah sebab tak kahwin lagi dah nampak belang. kalau kahwin gak memang cari nahaslah. haha. tapi kalau dah kahwin dan si dia mempunyai teman wanita lain aku akan siasat dulu dah cuba untuk mempertahankan rumahtangga aku. tak nak jadi janda.
LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
  • entahlah. aku pun tak tahu nak cakap. sebab zaman sekarang ni lelaki ke perempuan sama jer. masing-masing nak mempertahankan kaum sendiri. aku sebangai seorang perempuan pun nak mempertahankan kaum aku iaitu kaum wanita. so jawapan aku lelaki kot mudah berlaku curang.
SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
  • ni pun aku tak tahu sebab macam aku cakap tadi. lelaki dan perempuan sama jer. terpulang pada individu itu sendiri. kat sini pun aku nak pertahankan kaum aku gak. dan jawapan aku mestilah perempuan lebih setia. buktinya dato K kahwin 2kali. baru cerai dah kahwin ngan Siti.
Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
  • sudah semestinya ya. biasalah cemburu. setiap manusia memang dah dikurniakan dengan sifat cemburu. its normal. siapa yang takde sifat cemburu tu aku tak taulah dia spesis ape. tapi nak cemburu biarlah bertempat.

p/s: jawapan diatas adalah dari aku sebagai seorang wanita. hanya pendapat aku semata.

.:engineer menjadi pilihan:.


tadi sedang aku berborak-borak ngan housemate tentang elaun cola akan ditarik oleh kerajaan memang kecoh seisi rumah dengan ketidakpuasan hati kami. fuhhhhhhh. kecoh betol. tetiba seorang kawan aku cakap. " weyyyy, aku nak engineer". opppssssss! "aku pun nak lah" balasku. gambar kat atas tu gambar kawan aku yang sekarang bekerja di pelantar minyak Qatar.

bermulalah cerita tentang jurutera. kenapa jurutera menjadi pilihan kami??? aku percaya bukan kami serumah jer. kat luar sane mesti ramaikan yang mempunyai angan-angan seperti kami. Mengapa kami kaum perempuan perlu memilih seorang jurutera atau engineer berbanding graduan dari bidang lain.

  • 1st mestilah kehidupan yang lebih terjamin. diorang ni selalu banyak duit(tu pun kalu jenis pandai menyimpan la). seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin. betul ker?
  • kebanyakkan kawan-kawan cousin aku, umur 27 tahun, kebanyakkan ekonomi mereka stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta, melabur, kehidupan yang selesa dan juga mampu membeli sebuah rumah. best tu. duit aku simpan jer. pakai duit laki.
  • seorang teman lelaki yang bergelar jurutera akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami seorang perempuan. sebab engineer ni sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan diorang. (ni yang aku suke ni. romantik kot)
  • diorang ni selalu simple jer. cool habis. kalau aku tengok kat PPUKM tempat aku belajar ni. diorang ni sempoi jer. pakai jeans ngan kemeja or jacket jer dah smart. pehhhhh. macho siooottttt. aku dengan uniform nurse jalan sopan giler.
  • rupa- haha, kalau korang tengok kebanyakkan jurutera-jurutera ni mempunyai rupa yang pehhhhh. boleh tahanlah cantik cikit dari tembok depan umah aku. ade yang jambu-jambu air, jambu batu. rase nak jatuh jantung.

ni status di FB demand nak engineer. terbukti memang ramai nak mahu

nak tackle jurutera???sorry. aku tak pernah tackle laki. ni kan lagi engineer. mungkin hanya angan-angan. sekadar mengisi kesunyian rumah di petang ahad. tapi kalau ade rezeki ALHAMDULLILAH la.

.:adakah perlu ke luar negara:.

selamat pagi Malaysian.

oklah. hari ni rasa nak bagi pendapat ira sendiri sebagi seorang rakyat Malaysia. Malaysia seperti yang kita semua tahu merupakan negara contoh yang baik kepada dunia tentang hidupnya yang aman dan harmoni walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum, berlainan agama dan budaya. betul tak?

betul tak kalau ira cakap kat Malaysia ni lengkap. ira just nak cakap tentang peluang pekerjaan dan pendidikan sebab ramaikan pelajar di Malaysia ni yang menuntut di negara luar.

dari segi peluang pekerjaan, sekarang ni memang ramai kita tengok rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara. kenapakah? adakah disebabkan gaji? macam ira, ira akan menjadi seorang jururawat dalam 3 bulan lagi. insyaAllah kalau takde apa-apa halangan. ramai bagi pendapat suruh kerja ira kerja kat Arab sebab gaji tinggi. tapi pada pandapat ira cukuplah hanya di Malaysia sebab ira taknak jauh-jauh dari keluarga. kebanyakkan mereka yang bekerja di luar negara memang gaji tinggilah. tapi kalau korang tengok disebalik gaji yang tinggi tu.
  • dalam setahun pun susah nak balik jumpa family
  • cuba bayangkan if something happen to family korang terutama ibu & ayah. jauhkan.
  • jika ada ahli keluarga yang meninggal fokus pada ibubapa juga. korang rasa korang berpeluang ke nak mandikan, kafankan, sembahyangkan jenazah?entah-entah hanya boleh tengok kubur jer kan.
  • kerja agak lama biasanya 12jam kalau kat luar negara.
*Malaysia menjadi lubuk emas oleh rakyat asing. kat situ kita dah boleh nampakkan. kat Malaysia pun ramai jer orang yang kaya.

******************************

dari segi pendidikan lak. tak salah korang nak belajar kat luar negara. tu hak korang. tu duit korang. cikit pun takde kene mengena ngan ira. haha. sebenarnya bukan tu ira nak cakap. cume nak bagitau pendidikan kat Malaysia ni sebenarnya dah cukup. kalau tak gi luar negara pun kita dah boleh dapat kat Malaysia ni. setuju tak?

lagipun sekarang ni kalau kita tengok kebanyakkan negara luar tak berapa selamat. tengok ea. antara beberapa negara yang ramai student rakyat Malaysia menuntut ilmu.
  • berlakunya pergolakkanantara pemimpin dan rakyat di Mesir- rakyat Malaysia terpaksa di bawa balik.
  • letusan gunung berapi dan tsunami di Indonesia- rakyat Malaysia dibawa balik juga.
  • Tsunami dan gempa bumi di Jepun
  • gempa bumi di New Zealand

pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang berjaya. semua orang kenal beliau

* kat mana-mana belajar sama jer. yang penting usaha seseorang itu. ramai jer rakyat Malaysia yang belajar di Malaysia berjaya. lagi 1 kalau korang nak tahu kat tempat ira belajar ni 20% adalah pelajar kedoktoran atau perubatan dari negara luar terutamanya Arab.

p/s: berbanggalah dengan Malaysia!

.:KATEK EXPLORER:.


di pagi yang sunyi ni ira nak join segmen dari puteri katek. segmen yang ira join bertajuk"katek explorer"

entry yang ira suke ialah "KELEMAHAN WARGA SAHABAT BLOGGER !!TASUKE"

sebab ira pilih entry tersebut:
  • ira tak suke kelemahan tersebut berleluasa di SB
  • ira sayang sangat-sangat SB
  • ira tak suke ade kekecohan yang menyebabkan pergaduhan dalam SB
  • ira sayang sahabat-sahabat dalam SB
  • ira respect semua bloger dalam SB sebab kite semuakan sahabat
  • ira dah anggap semua sahabat dalam SB macam family ira
  • SB adalah satu group yang dapat meneratkan ukhwah antara kita sebagai seorang blogger*even ira tak pernah menggelarkan diri ira sebagai seorang blogger
  • SB banyak mengajar ira tentang blog
  • SB banyak memberi pengajaran dalam dunia blog
  • banyak maklumat yang boleh dikongsikan sesame blogger
  • melalui SB ira dapat ramai kawan yang sangat-sangat baik, comel, cute, sempoi dan macam-macam.
terus terang komen ira tentang blog puteri katek. serius masuk kali ini baru kali ke4 ira view blog puteri katek. jangan marah yer. ira tak tau nak komen ape. blog puteri kate comel. cume ira boleh cakap blog puteri katek sangat aktif. puteri katek rajin update. dan yang paling ira rase bagus puteri katek suke review blog orang lain. baguskan. teruskan puteri katek. saya suka blog awak.

.:Saya Bangga Ada Ibu:.

oklah. entry ira takmolah panjang-panjang. nanti KSP bosan pula nak bace kan. sebab dah bayak yang join. betol tak KSP?haha. ni ada satu puisi ke sajak ke ira tak tahu. tapi ni bukan ira buat sendiri. puisi ini pada ira dah cukup menerangkan apa yang ira nak bagitahu tentang ibu ira. tapi puisi ni panjang la gak. harap KSP tak bosan yer.

Puisi Untuk Ibu

Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku merawatku membesarkanku mendidikku hingga diriku telah dewasa


Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga
tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian bila aku sakit
bila aku terjatuh bila aku menangis bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku
Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas jasamu
tiada terbeli jasamu
tiada akhir jasamu
tiada tara jasamu terlukis indah di dalam syurga

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu karena jasamu tiada terbalas
Hanya tangisku sebagai saksi atas rasa cintaku padamu

Ibu...,
I LOVE YOU SO MUCH
juga kepada Ayah!

by suroya"roy"
ira nak tag:
p/s : ira berhutang 1lagu dengan KSP. bersabar yerrr

.:kalau ingin maka belajarlah:.


Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.


Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita. making changes that will be change ur life!


p/s: ada fahamkah kamu itu ayat. jangan suke sangat buat tak faham. cubalah untuk faham.

.:menang contest teka novel:.

thanks to blog norleladasuki.blogspot.com. tak sangka ira menang contest teka novel . kalau korang semua nak tahu sepanjang ira masuk contest ni lah 1st time ira menang. happy sesangat. walaupun hanya dapat tempat ketiga. tengok ni.


haha. ira dapat hadiah credit percuma RM10. tak dapat novel pun takpe la. dapat credit free pun ok gak. nak call sape yerk? nak call pakwe takde lak. ibu ngan ayah dah call tadi. eerrrmmmmmm. sape nak ira call? takpelah. kalau takde call sesape simpan jer la kan.

.:entry kenangan:hilangnya seorang linsan bernama Mak Ta:.

9.48malam.

aku terima panggilan dari papa

papa: assalamualaikum
aku: wa'alaikumsalam
papa: kakak buat ape tu
aku: takde buat ape. tengok TV
papa: papa, nak bagi tau ni
aku: pe die?
papa: kak, Mak Ta accident
aku : bila
papa: baru tadi. sekarang kat hospital.
aku: teruk ker?
papa: teruk. nak kene hantar ke hospital besar JB.
aku: ok. pape nanti bagi tau. insyaAllah esok abis kelas kakak balik.

9.55malam
terima panggilan dari ibu

ibu: kak, Mak Ta dah takde. pukul 9.50 tadi
aku: innalillahiwainnailaihirojiun *terus aku letak fon

Ya Allah. aku kehilangan lagi orang yang aku sayang. hanya kau yang tahu apa perasaan aku sekarang. tabahkanlah hambamu ini.

To Mak Ta:
kau insan yang mulia. kebaikanmu takkan pernah aku lupa. kau banyak memberi nasihat pada diri ini. kau selalu menghiburkan hati. kau sering mengenyangkan perut ini. padaku kau seorang mak cik yang sangat sayangkan anak buahnya. kau seorang yang selalu mengambil berat tentang semua orang. kau seorang yang gigih dalam menjalani dugaan. Tuhan lebih sayangkan kau. kau pergi ketika anak-anakmu memerlukanmu. ketika anak-anakmu memerlukan kasih sayangmu. apakah nasib anak-anakmu. aku sedih mengenangkan semua ini. walaupun aku hanya anak buahmu. namun padaku kau seorang ibu yang sangat penyayang, yang sangat bertanggungjawab, yang sangat prihatin. kau anggap diri ini seperti anakmu sendiri. semoga kau aman disana. semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. sampaikan salam kak yong kat arwah Mak Tok, arwah Tok Ba, arwah Pak Ngah, arwah Mak Jah ngan arwah Cik Aman yer. kak yong rindu sangat kat diorang semua. pesan kat diorang datanglah melawat kami semua. walaupun kami tak nampak. semoga suatu hari nanti kita semua akan bertemu semula. AMIN

ikhlas dari anak buahmu:
kak yong

Al-Fatihah untuk roh arwah.

raya bersama arwah

p/s : semoga arwah ditembatkan bersama orang-orang yang beriman.

.:aku tiada seni???:.

selamat malam semua.

wahhhhhhhh. malam ini sangatlah bosan. sedang duduk di meja study(walaupun tak study) memikirkan apa yang patutu di buat pada saat kebosanan. tetiba kawan masuk bilik "wei ira, aku dapat kertas ni, ko nak tak". aku pun segera memandang ke arah kawan aku. "nak buat ape tu,bosan la wei". kawanku pun menjawab" bosan studylah". balasku "bak sini kertas tu". aku memulakan aktiviti dengan menyelongkar laci mejaku. heiiiiiiiii, mana pula aku letak. pinjam kawanlah camni.

setelah lengkap berada diatas mejaku iaitu sehelai kertas dan barang yang aku cari tadi. aku pun mula melakukan aktiviti itu. 10minit. ciap dah. ehhhh, kejapnye. tak cantiklah. aku pun flashback balik. mase sekolah dulu aku ni memang takde seni. tak pernah menang pun pertandingan. lantaklahhhh. ade aku kesah.

inilah hasil kerja aku selama 10minit.

sebelum:


selepas 10minit:


giler burok. pehhhhhh, budak sekolah tadika buat lagi cantik lah wei. haha. ade aku kesah. suke ati akulah. tengok tu gading gajah tu. kenapa warna merah?bairlah. kalau aku nak letak warna biru ke, hijau ke, oren ke, suke hatilah. tangan aku yang mewarna. haha. itulah seni yang aku ade kot. ingat korang jer ke ade seni. aku memang suke camtu. kalau boleh memang aku nak warna badan gajah tu macam warna pelangi. tapi aku takde seni nak buat camtu.

p/s : sesapa yang ade pandai mewarna tu jangan kutok aku ea.