.:Aurora bukti kuasa Allah:.


AURORA! apa itu Aurora?
mungkin masih ramai yang tidak tahu apa itu Aurora. ira di tanya seorang naqibah tentang persoalan aurora. ira hanya terdiam sebab tak tahu menahu. aurora yang lagu kumpulan Estranged tu ke? bukanlah. mengarut pula lagu.

Aurora adalah suatu fenomena pancaran cahaya yang berlaku pada lapisan ionosfer satu planet. ia berlaku di kawasan kutub. kutub utara dipanggil Aurora Borelalis yang terjadi antara bulan september-oktober dan mac-april. kat kutub selatan pula dipanggil Aurora Australis.

aurora berlaku disebabkan perlanggaran antara ion dan atom dari medan magnet bumi dan badai matahari. Aurora hanya boleh dilihat dibahagian kutub sebab bahagian kutub ni mempunyai medan magnet yang kuat dibandingkan dengan bahagian bumi yang lain. Korang rase boleh ke aurora ni jadi di Malaysia? hahaha. ira rase takleh kot sebab kekuatan magnetik khatulistiwa sangat kecil. tapi dengan kuasa Allah tak mustahil kan semua tu berlaku. kalau tengok kat gambar macam-macam warna aurora ni. dah macam pelangi pulak. kalaulah diber peluang melihat di depan mata. SUBHANALLAH! indahnya ciaptaan Allah.

kenapa Allah ciptakan sesuatu yang cantik seperti aurora hanya di tempat-tempat tertentu?tidak ada di semua tempat.

ini kerana Allah nak bagitahu kita semua tentang kewujudanNYA. dan Allah juga nak semua orang tahu bertapa indahnya ciptaanNYA. kalau kita fikir siapakah yang mampu menciptakan sesuatu yang indah seperti itu? pastinya ada yang menciptakannya dan penciptannya itu pasti lebih indah dan hebat dari apa yang diciptakan. dan kita yakin Allah yang menciptakannya.

p/s: setiap yang tercipta itu pasti ada yang menciptakannya. jika hebat sesuatu yang di cipta itu hebat maka lebih hebatlah penciptanya

.:bila kami mula berbakti:.

hari ni merupakan hari yang sangat-sangat penat. ok ucapan tahniah untuk kawan-kawan kerana telah berjaya membuat kerja-kerja dengan sebaiknya. terima kasih kerana telah sudi mewakilkan diri anda. rasa berbangga mempunya kawan seperti kalian. semoga kerja-kerja yang dilakukan itu adalah ikhlas dari diri anda semua. teruskanlah usaha untuk terus maju dan berbakti kepada masyarakat. ingatlah bahawa tugas jururawat tidak hanya tertumpu di hospital saja. dimana yang memerlukan disitulah kita diperlukan.



b


alhamdullilah misi kami berjaya dengan jayanya.

p/s: walaupun penat tapi puas dan seronok
p/s: semoga kami akan menjadi seorang jururawat yang berbakti pada setiap insan yang memerlukan

.:iera tak dikenali:.

cik pulau tak kenal ira walaupun dah jumpa


p/s: ira memang tak dikenali. cik pulau dah kenal ke belum ni?

.:gathering blogger Abang Ben:.

disebabkan semua yang hadir gathering blogger di Alamanda mengupdate pasal gather tersebut so ira pun taknak ketinggalan walaupun dah tertinggal beberapa jam. banyak perkongsian yang dapat. thanks yaaa semua yang sudi berkongsi. oklah nak cerita apa yang kami semua dah lalui sepanjang hari rasenye takyah lah sebab dah ramai yang bercerita.

ira nak ucapkan:

"thanks pada Abang Ben selaku penganjur"
"thanks pada bro framestone kerana jadi supir ira dan cik bayu. hehehe. jangan marah yer"
"thanks pada aizuddin yang sudi buat lawak ang tu. jijan!"
"thanks pada along usop, taufiq, nadiah ayob, cik manis, kak suhaili yang telah sudi meneka umur ira"-maaf tak jumpa link
" thanks pada encik hisyam(tak tau betul ke tak eja nama) dan sape yerk tadi tak ingat kerana sudi menukar tiket wayang. maaf yer ira takut duk sorang-sorang"
"thanks pada kak mas yang berumur 23tahun. kekeke"
"thansk pada dik MAS antara yang termuda"
"thanks pada liyana coz borak-borak masa tengok wayang tadi. kalau tak mesti tertido tengok cite tu ulang-ulang sampai dah boleh hafal jalan cerita. hehe. comellah kamu"
"thanks pada pembawa wancana yang datang bersama wife"
"thanks pada ujang9897 dan lyla"
"thanks pada cik pulau dan rakan yang hadir lambat"

thanks pada semua. maaf sekiranya ada nama yang ira tak sebut.

blogger wanita yang hadir

antara blogger lelaki yang hadir

sumber gambar dari mrs secretary

.:entry kenangan:naik ambulans:.

hari ni 1st time ira naik ambulans sepanjang 3tahun belajar di pusat perubatan UKM. memang best la. hahaha. perjalanan dari cheras ke muar tak samapai 2jam. laju betul driver tu bawa. yang ira rasa paling best bila siren dibunyikan. semua kenderaan ke tepi. dalam jalan jem yang panjang pun kenderaan berusaha memberi laluan untuk ambulans lalu. pehhhhhh. rasa macam diberi penghormatan lak. selama ni dapt tengok jer bila ambulans lalu sume kenderaan ke tepi. tapi bila dapat rasa sendiri pengalaman menaiki ambulans memang seronok la. hanya yang melauinya boleh merasai keseronokkannya. tapi yang tak bestnye driver tu pasang lagu dandut sepanjang perjalanan pergi dan balik. adoiiiii. memang tak boleh masuk kepala. bila ira tanya takde lagu lain ke dia cakap ade CD ni jer dik. issshhhhh. macam la tak boleh buka radio.

p/s: tak semua orang suka apa yang kita suka

.:3 perkara perlu di ingat apabila bangun dari tidur:.

bila kita bangun dari tidur seharusnya kita bersyukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk melihat dunia. Alhamdullilah kerana masih bernyawa dan masih mampu menikmati kehidupan.

3perkara apabila kita bangun tidur yang perlu sentiasa di ingati adalah:

  1. dari mana kita datang?ingatlah bahawa kita ini adalah milik Allah. daripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita akan dikembalikan.
  2. tujuan kita dihidupkan? beribadah kepada Allah. mencari ilmu bukan untuk dunisemata. tapi untuk akhirat juga. setiap apa yang kita lakukan adalah untuk mendapat keredhaanNYA.
  3. apa yang kita tuju? tujuan utama kita adalah akhirat. jika setiap yang kita lakukan seharian adalah untuk mengejar akhirat insyaAllah dunia yang kita nikmati ini tidak kosong. setiap apa yang kita lakukan akan diberkati.

ingatlah setiap apa yang kita ada dan nikmati ketika ini datangnya dari Allah. betulkanlah niat kita. kita melakukan sesuatu bukan untuk mengharapkan pahala semata tetapi untuk mendapatkan keredhaanNYA.

.:persolan aurat dari otak yang berakal:.


persoalan aurat dari otak yang tak berakal. kenapa entry ini ditaip. sebab manusia itu telah mencabar ira. kerana manusia itu telah mempersoalkan diri ira. kerana manusia itu tidak faham situasi dan kerjaya ira. kerana mungkin manusia itu masih jahil lagi tentang islam.

ira mendapat sms dari seorang hamba Allah. sungguh sedih ketika membaca mesej tersebut. kenapa? kau juga adalah wanita. kau juga adalah islam. mesej dihantar mungkin disebabkan enrty pagi tadi. klik sini. ya aku tahu aku bukan sesiapa untuk menasihati. itu adalah luahan hati dan juga fikiran akalku yang aku fikir betul dan aku rasa langsung tidak menyentuh sesitiviti individu lain.

manusia itu bertanya. "ehhh ira bukan kau punya uniform nurse lengan pendek ker?ko ni tahu nak nasihat orang jer. macamlah kau tak buat salah?"

  • adoi, aku pulak yang kena. memang uniform aku lengan pendek dan aku tahu tu aurat aku. maaf yer manusia. itu hanya didalam wad ketika aku menjalankan tugas aku. bila keluar wad aku tutup lengan aku. kau ingat aku sengaja ke nak buka aurat aku kasi orang tengok. dah memang tugas aku sebagai jururawat merawat orang sakit. semasa melakukan kerja jururawat akan sengseng lengan untuk mengelakkan berlaku jangkitan pada pesakit. takkan ko tak tahu. fikir baik-baik. aku ni terikat di bawah peraturan yang tak mampu aku lawan. aku hanya orang bawah yang tak mampu melawan pihak atasan. kalau aku adalah pihak atasan insyaAllah aku cuba sedaya upaya untuk menutup bahagian itu.
manusia itu pun menjawab jawapan aku."alaaa. tu peraturan dunia je ira, kau tak takut ke balasan akhirat?"
  • aikkkk. tahu plak kau berkata-kata tentang akhirat. yang kau tu sibuk nak cari kesalahan orang tak takut akhirat ker cik akak. macam tadi yang aku cakap. aku hanya orang bawah. bukan orang atasan. kalau aku orang atas sudah pasti aku akan menyuruh semua staff aku menutup aurat. sebelum ni bukan takde orang yang fight tentang isu lengan pendek ni.. ada jer. tapi pihak atasan dah cakap tak. staff kene ikut jer la peraturan tu. kau jangan persoalkan tentang uniform aku ok. itu peraturan dunia yang memang aku tak mampu lawan.
manusia itu berkata lagi"aurat tetap aurat.banyaknya alasan kau"
  • adakah alasan aku tidak boleh diterima akal. cik akak, student nursing UIAM yang lengan panjang tu pun sengseng lenganlah bila buat kerja dalam wad. macam tulah aku. hanya dalam wad. tapi diluar aku tutup aurat aku. kalau kau masih tak puas hati apa kata kau tolong jumpa pihak atasan atau ketua jabatan aku minta supaya kami dibenarkan memakai lengan panjang. at least kau dapat pahala.
bergitulah sifat manusia yang tidak pernah puas mencari silap orang lain. aku benci manusia seperti itu. tapi aku tidak boleh menyalahkan manusia itu. mungkin dia masih jahil.

.:jangan menjadi mangsa pakaian:.


zaman sekarang ni percaya tak kalau ira cakap ramai dikalangan perempuan-perempuan yang telah menjadi mangsa fesyen. kenapa yerk?nak up to date?konon taknak ketinggalan?takut orang cakap kuno?ehhhhh. taklah. sebab mereka nampak cantik bila pakai nampak lengan tu. bila pakai tudung nampak leher tu. tapi nampak kuno pakai tudung labuh. ala labuh mana jer pun. bukan nak suruh pakai labuh macam ustazah. cuma nak suruh tutup kau punya tu. nampak kuno kalau pakai baju kurung. yeke? tapi ramai jer lelaki cakap perempuan pakai baju kurung namapak lagi ayu. entahlah. tak faham tak faham. tapi ada lak yang pakai baju kurung konon nampak ayu tapi nampak bahagian dalam, jarang, terbelah sana, terbelah sini. ayu ke macam tu. ayu lah kot. ada pula yang pakai baju ketat-ketat. pastu tau pula tarik-tarik. kejap tarik baju. 3 minit lagi tarik lagi baju tu. asik tarik-tarik jer. adoooiiiii. penat tengok korang tarik-tarik.

biarlah diorang ira. yang kau sibuk hal diorang tu kenapa. dosa masing-masing. kubur lain-lain. kat padang mahsyar sorang-sorang. memanglah dosa diorang. tapi sebagai umat islam dosa gak aku sebab tidak menasihati sesama islam. memang kubur masing-masing tapi nanti kalau kubur korang sebelah kubur aku tak ke susah aku. asik dengar kubur jiran sebelah menjerit jer. tak tenanglah nanti. memang kat padang mahsyar sorang-sorang. sebab tu sekarang ni nak bagi nasihat sebab kat padang mahsyar nanti takleh nak bagi nasihat, takleh nak tolong dah. aku pun nanti kat sana busy dengan diri sendiri. tak sempat nak tengok orang lain mahu pun nak nasihatkan orang lain.

menutup aurat itu wajib ke atas setiap orang islam. sapa kata tak wajib? mana kau jumpa? meh tunjuk kat aku. semua orang tahu akan hal itu. tapi masih ada yang buat tak tahu.

nasihat seorang sahabat bila aku berbincang untuk mencari baju untuk satu event:

"jangan kerana event tu kau membuka aurat. jangan kerana event tu kau nak nampak cantik sangat hingga kau memakai baju ketat-ketat. kenapa hanya kerana hendak menghadiri event tu kau taknak jadi diri kau sendiri? diri kau bukan macam tu. jangan kerana nak nampak vogue time event tu kau lupa dosa yang kau terima. jangan kerana event itu kau menjadi mangsa pakaian. tak salah nak nampak cantik, tak salah nak nampak vogue masa event tu. tapi jagalah aurat kita sebagai seorang muslim. jangan menjadi mangsa pakaian"

p/s: aku bukan baik sangat untuk menasihati. tapi aku cuma rasa dunia hari ini semakin menjadi

.:jangan takut dengan kesakitan:.


Ada cerita tentang seorang lelaki lumpuh, hingga hanya duduk dirumah sahaja. sakitnya itu sudah berlangsung sekian tahun, hingga membuatnya putus asa. pada doktor sudah menyatakan tidak mampu untuk mengubatinya. mereka menyampaikan itu pada keluarga dan anak-anaknya.

pada suatu hari ada seekor kala jengking jatuh dari atap rumahnya tepat diatas tubuhnya, dan dia tidak boleh bergerak dari tempat duduknya. kala jengkin itu menjalar kekepalanya dan menyengatnya beberapa kali. selepas itu secara mengejutkan badanya boleh digerakkan mulai dari tapak kaki hingga kepala. darah hidup ke seluruh jasad. orang itu pulih dan sihat semula. dia berdiri di atas kedua kakinya, berjalan-jalan di dalam biliknya, membuka pintu dan menghampiri keluarga dan anak-anaknya. apabila dia berdiri mereka tidak percaya apa yang berlaku. mereka terperanjat buka kepalang. dan kepada mereka, dia menceritakan apa yang sudah berlaku.

Maha Suci Allah yang sudah memberi kesembuhan kepada orang itu melalui cara seperti ini.

cerita ini pernah diutarakan kepada ramai doktor, dan mereka pun membenarkan apa yang diutarakan. doktor menyebut ada serum antibiotik yang mengandungi racun, jika toksitnya diperkecilkan secara kimia maka serum itu boleh menjadi ubat untuk orang yang sakit lumpuh.

Maha Tinggi Zat Yang Maha Baik itu, yang tidak menurunkan satu penyakit pun kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.

.:kisah aku dan T-shirt oh media:.

hampir sebulan T-shirt tersebut masih kemas berbalut dalam bungkusan berwarna coklat yang tersimpan didalam almari usang yang masih cantik. walaupun bungkusan tersebut pernah dibuka iaitu pada kali pertama ia sampai ke pemiliknya namun ia kelihatan masih terbungkus rapi seakan tidak pernah dibuka.

stopppp. aku tak suka ayat kat atas tu. pening.

oklah entry ni takde pape pun yang best atau info untuk di kongsi. ini hanya entry untuk berbangga diri. kah kah kah. hari ni merupakan kali pertama aku memakai T-shirt oh media setelah hampir sebulan t-shirt tu sampai ke tangan aku. memang dah lama excited nak pakai sebelum dapat. tapi bila dah dapat sayang pulak nak pakai. simpan punya simpan barulah hari ni tergerak hati nak pakai.

aku dapat T-shirt ni pada 18/3/2011 kalau tak silap antara jam 9malam hingga 1pagi. yang specialnya T-shirt ni diberi by hand oleh posmen iaitu krew oh media sendiri. nama tidak boleh dipaparkan disini. hehehe. thanks ya.

perasaan aku mestilah seronok memiliki baju tersebut. apatah lagi memakainya. setakat ni tak pernah jumpa lagi perempuan pakai baju krew oh media ni selain krew oh media itu sendiri. kalau lelaki tu adalah jumpa. hanya tersenyum melihat gelagat mereka menggayakan diri dengan baju itu. berbangga atau seronok mungkin :)

apapun thanks sekali lagi kepada posmen itu dan tidak lupa kepada semua krew oh media. baju tu memang cantik dan sempoi.


itulah kisah aku dan t-shirt oh media

.:RM50 limited edition:.

RM50 limited edition?limited ker?

cerita bermula 2minggu lalu seorang kawan memberitahu bahawa beliau mempunyai RM50 yang special dan limited edition. arggghhhh. ada aku kesah. kah kah kah. RM50 same jer. takde beza pun nilai. beli barang abis gak. jeles ker aku kawan aku ada RM50 yang special? aku tak pernah tengok pun apa yang special sangat duit RM50 tu. ada aku heran. tak jeles pun. kalau takde pun takpe.

cerita berkemuncak apabila aku ke ATM untuk mengeluarkan duit. tit tit tit. duit pun keluar. hati pun tergerak saja untuk melihat duit RM50 di tangan sebelum dimasukkan ke dalam dompet. satu-persatu duit ku belek. tiba helaian yang ke5. wahhhhhhh! aku ada RM50 special. ha ha ha. seronok betul aku. padahal RM50 jer pun. hari tu tak heran sangat. bila sendiri dah dapat baru tahu over gak diri aku ni.

aku rasa ramai jer yang ada RM50 yang special ni?special ker? tak kot bagi korang. tapi special pada aku sebab antara duit yang keluar dari mesin ATM tu 1 jer yang lain. kira special lah kan. bagi akulah. kalau tak bagi korang terpulanglah. tapi serius seronok. jakun kan aku. ha ha ha. ada aku kesah. Limited edition tu kawan aku cakap. kalau kawan aku tipu maknanya aku tipu koranglah.

inilah RM50 yang special bagi aku

nampak tak ape yang ada kat duit tu?


lambang 50tahun merdeka


tahun 1957-2007 yang menunjukkan 50 tahun merdeka

cerita berakhir
***pape pun aku akan menyimpan RM50 yang special ni sebab berkemungkinan aku tidak akan berpeluang memilikinya lagi. korang ada ker?

.:entry kenangan:sahabat awak mesti tabah:.


awak sahabat saya. saya sayang awak. kami sayang awak WAN NORAYSIAH BINTI WAN MARIZAM!

sahabat ira yang sekarang berada di wad orthopedik perempuan pusat perubatan UKM kerana di diagnos kepatahan pada tulang belakang(bilateral freacture at lumbar 5). sama-sama kita doakan semoga dia cepat sembuh.

dear wan,

wan, kita sahabatkan. hampir 3tahun perkenalan kita. kejap jer kan masa berlalu. sedar tak sedar kita dah final sekarang. wan, ira tahu wan tabah. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. wan jangan putus asa. wan kan kuat. rindu wan ada kat rumah. rindu nak tengok wan online atas tilam. rindu nak tengok wan membebel. rindu masakan wan. rindu wan buat lawak. rindu nak tengok wan tengah webcam. rindunyaaaa. wan, malam tadi ira tido kat katil wan. ira online pun kat tilaml wan. ketika entry ini ditaip pun ira kat atas tilam. malam tadi ira ngan yuni golek-golek kat tilam wan sampai ngantok. wadah pun study sebelah tilam wan. kami semua rindu wan. semoga wan cepat sembuh. kami sentiasa ada disisi wan. wan jangan segan-segan tau. kitakan dah bersahabat lama. wan, kuatkan diri, tabahkan hati. kami sentiasa ada untuk wan. kami sentiasa doakan wan cepat sembuh. nak wan balik cepat. wan jangan bosan-bosan tau kat wad. kalau bosan mesej jer kami. waktu melawat wan akan selalu nampak muka kami. jagan risau yer dear. susu tu minum tau, biar tulang kuat. duduk wad tu diam-diam. banyakkan rehat. jangan sibuk nak buat bed making. kang ira ketuk baru tau. hehehe

salam sayang,
iera comel :)



p/s: apa yang berlaku ada hikmah. semoga kita menjadi hamba yang tabah.