.: Header PERCUMA oleh SyedGraphiX :.

tema : jari iera tari




tema :jari iera tari

xkesah warna pape..prefer to black, white or pink klu blh...lg 1 tulisan atau pape jer ikot jer kretiviti kamu..cuma nk msukkan URl jer http://goierago.blogspot.com/ ...klu blh tambah pape gmbar2 comel ea..tq

.:anda juga tidak pernah tahu:.


malam diciptakan supaya manusia berehat-rehat setelah seharian melakukan aktiviti. yang kerja sedang beristirehat sambil menonton televisyen. budak sekolah dengan pen dan pensilnya menyiapkan kerja sekolah. cikgu sedang sibuk menanda buku pelajarnya kerana esok akan dikembalikan buku tersebut. penuntut-penuntut IPT pula sibuk menyiapkan assignment untuk perbentangan, sibuk menaip kerja-kerja yang berlambak. tapi memandangkan hari ni hari jumaat budak-budak sekolah masih lagi tersusun kemas buku-buku kerja sekolah mereka di dalam beg. cikgu pula masih elok buku tersusun menimbun untuk ditanda dek kerana esok sabtu. ada yang keluar merayap kerana esok cuti. ada yang dah bersiap sedia melepak di warung-warung atau kedai kopi. kalau kat KL pula hari jumaat macam ni dataran merdeka, tasik titiwangsa, tasik permaisuri, bintang walk dan tempat-tempat yang tak berapa jauh dari KL macam Icity, putrajaya akan menjadi tempat untuk melepak dan melepaskan tekanan.

korang pernah fikir tak time korang duduk-duduk saja apa yang akan berlaku pada diri korang? apa akan berlaku 1jam akan datang? atau 1 hari atau 1 bulan atau mungkin 1 tahun akan datang? mesti korang tak tau kan apa akan terjadi. hidup lagi ke kita dalam masa 1 minit akan datang atau mungkin 1 dekat lagi kita akan hidup? semua tu ketentuan Allah. pernah tak korang terfikir time korang melepak kat warung kopi tetiba ada sebuah lori yang sedang laju merempuh warung tersebut dan korang terlibat lalu meninggalkan dunia ni.

kita memang tak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. sama ada waktu terdekat mahupun yang akan datang. selalu kita dengar orang cakap, "yesterday is history, tomorrow is mistery and today is a gift". hari esok sememangnya misteri kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi dan apa yang sedang menunggu kita di hadapan.

kita juga tak tahu adakah roh akan kembali pada tubuh kita masa kita tidur atau malaikat maut datang menjemput dan mengakhiri hidup kita. kita tidak tahu apakah dugaan hidup yang akan melanda sama ada kecil atau besar atau adakah dugaan itu berupa kesusahan mahupun kesenangan. tetapi kita haruslah mempersiapkan diri kita untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba. INSYA'ALLAH

.:new concept:.


assalamualaikum semua.

nak kata lama ira tak update blog takde lama manakan. nak kata baru update pun tak juga. pape jerla kan. ok lah semua. start from today, my blog will changed. just a little bit talk about my life. nak tau kenapa?macam ni ceritanya............

sabtu lepas ira ada join mini gathering blogger yang diadakan di downtown cheras. kehadiran amatlah menghampakan dimana hanya 4 orang yang hadir. walaupun hanya 4orang tapi memang cukup seronok dengan cerita-cerita yang diluahkan melalui pengalaman hidup masing-masing. sedang seronok-seronok bercerita si H ( seorang blogger yang terkenal. maaf tak boleh nak mention nama dia. nanti kene marah) membuka cerita yang sangat-sangat memberi kesan pada diri ira. dalam kata-katanya menyebut. blogger itu bukan gelaran yang diberikan oleh kita sendiri. tak semestinya orang yang ada blog itu ialah blogger. sebenarnya orang yang menilai kita dan orang yang membaca blog kita yang boleh meletakkan status blogger pada seseorang itu. kalau kita tengok sekarang memang ramai orang yang ada blog. tapi tak semua kita boleh gelar diorang seorang blogger. si H menambah lagi. serang ni bila seseorang tu kaya, ada rupa kejap jer dah famous. ramai orang akan follow dia walaupun blog dia tak best mana. ada plak yang minta diri di follow melalui shoutbox-shoutbox hehehe( walaupun aku pernah buat). tapi sekarang ni shoutbox tu dah penting bak kata khai shoutbox tidak releven lagi. ( tapi ira still ada shoutbox juga. mungkin 1 hari nanti kot baru di buang)

si H menambah lagi. orang suka blog kita kerena dia suka baca entry-entry kita. orang pandang blog kita sebab kita punya content dalam blog tu hebat. orang pandang blog kita kerana kretifnya penulisan kita. bukannya orang singgah blog kita sebab kita suruh atau sebab kita follow dia dan dia follow kita balik atas kehendak kita. kalau macam tu sekali tu jer la oranag baca blog kita. pastu orang dah tak tengok dah. bila fikir-fikir betol gak. hanya tinggal 2, 3 kerat jer yang masih setia membaca blog kita. ditambah lagi oleh si H. kalau nak buat blog sebab nak cerita hal peribadi atau suka-suka macam diari bai tulis diari jer. buang masa jer menaip. bukan ira yang cakap yer. si H yang cakap. hehehehe. hope si H tak marah apa yang ira taip dalam blog ni. saja nak publish kata-kata H yang bernas. huhu.

sebenarnya banyak lagi kata-kata H yang sangat-sangatlah betol. tapi ira rasa ni pun dah cukup untuk di kongsikan pada sesiapa yang sudi membaca blog ira. dari saat-saat ini ira mungkin akan tukar konsep blog ira yang suka bercerita pasal hal diri sendiri kepada sesuatu yang boleh dikongsikan kepada semua.

thanks a lot to H coz sudi menghadirkan diri berjumpa kami. thanks atas nasihat dan tunjuk ajar. thanks sesangat sebab belanja kiteorang makan. kamu memang sporting la. thanks a lotttttt.

p/s : H, lepas ni boleh belanja makan lagi yer