.:khas buat sahabat tersayang aku terharu:.

assalamualaikum kawanku yang tersayang.

entri ni khas untuk korang. terharu tak???kalau tak kene terharu gak. aku tak kire. huhu. takdelah aku gurau jer. eerrrrrmmmm. actually aku nk ucapkan thanks bebanyak kat korang. thanks sebab ape yerkkkk? aku pun tak tau thanks sebab ape. hehehehe. malulah pulak nak cakap(gedixXX nye)

sahabat-sahabat, terima kasih banyak-banyak sebab celebrate my bfday. suke sangat-sangat. walaupun marah mase nak buka pintu. tapi memang shock gilerrrr la mase buka pintu. huhu. guna camera tak minta izin ea. takpe-takpe. tak kesah pun =)

thanks gak for the gift. suke-suke. tapikan baju tu takde tudunglah. nape x bagi tudung sekali. hehehe(bagi betis nak peha plak). gurau jer la. thanks a lot yerrr. tahun depan buat lagi ea(tak malu). hehehe. sayang korang semua mawaddah, ayuni, izzati & wan












Sahabat

Adalah hati yang hangat

Sehangat kopi susu buatan ibu

Menyejukkan mulut dan rasa

Tanpa musti bergelora


Sahabat

Jalannya tak berjejak

Tak pula berpeluh keringat

Namun memberi semangat

Sahabat bukanlah cinta sejuta rasa

Bukan pula bara api rindu di dada

Hanya seuntai benang sutera

Yang cukup erat mengikat

Nurani yang jahat


Sahabat adalah serumput kata yang sejuk

Sesejuk embun di pelupuk mata

Yang menidurkan jiwa

Tanpa berjuta aksara


Sahabat

Mungkinkah engkau menjadi sang juru penyelamat?

atas anggur cinta yang memabukan

Atau istana suka yang mengilusikan

Atau tsunami duka yang menenggelamkan

.:mereka tidak berdosa:.


salam pada semua. hari ni tetiba tergerak hati nak tulis entry pasal kanak-kanak yang bernasib malang. Ya Allah! Kasihanilah mereka ini. semoga mereka ini menjadi anak yang soleh dan solehah. kanak-kanak yang ira maksudkan bernasib malang ini ialah kanak-kanak yang telah ira jaga sepanjang ira posting di wad kanak-kanak. mereka dari rumah kebajikan Tengku Budriah. memang sedih kalau tengok keadaan diorang. tiada ibu dan bapa. macam mana agaknya kehidupan mereka kan. tinggal beramai-ramai dalam satu tempat yang hanya mempunyai beberapa orang penjaga. tapi bila di hospital rasanya keadaan mereka lebih baik berbanding di rumah kebajikan tersebut sebab kalau kat hospital ada nurse yang akan menjaga diorang.

bangun tidur ada orang mandikan, beri susu, suap makan, layan diorang bermain, tukar pampers n macam-macam lagilah. tapi kalau kat rumah tengku budriah tu belum tentu diorang dapat keselesaan macam 2 sebab bayangkanlah beratus-ratus bayi n kanak-kanak tetapi hanya beberapa orang penjaga. macam manalah kan. nak suap makan, nak mandikan, nak tukar pampers. tak tertangan rasenye.

sedihnya lihat keadaan diorang yang tidak beribu dan berayah bukan kerana kematian tetapi kerana sikap ibu bapa mereka yang tidak bertanggungjawab. kebanyakkan mereka di temui di tepi jalan, di dalam tong sampah, bawah jambatan, tepi sungai, depan pintu rumah(kira ok lah). ada ke patut perangai diorang macam tu. tak kesian ke kat anak. pandai buat pandai tanggunglah. klu yerlah tak nak anak tu bagilah cara elok kt orang lain. ni letak sepah-sepah. untunglah kalau bayi tu masih hidup dapat tengok dunia. kalau mati memang kesian. siapa nak tanggungjawab.

masa jaga diorang ni memang sedih sebab diorang sentiasa nak di dukung. tak macam anak-anak orang lain yang hanya mahu du dukung oleh ibu or ayah diorang jer. tapi kanak-kanak dari rumah kebajikan ni nampak orang semua dia nak minta dukung. yelah, tak cukup kasih sayang. kalau nak tahu perkembangan n tumbesaran diorang ni pun lambat sedikit dari kanak-kanak normal. mungkin sebab kurang dapat perhatian n kasih sayang.

sangat seronok jaga diorang. bila diorang bangun jer bagi diorang makan, makan ubat, bagi susu pastu mandikan diorang. kasi diorang wangi-wangi, pakai baju comel-comel. memang seronok lah. main dengan diorang. dengar diorang gelak. best sangat-sangat. rindunya kat diorang. sayang fidaus, sayang adriana, sayang dila, sayang fatin. semoga diorang cepat sembuh n ada orang yang nak ambil mereka jadi anak angkat.AMIN

ni dila farhana...comelkan...dia ni dah ada mak angkat...=)



**************************************************
ni adriana...besarnyeee mata...dia ni macam ada kacuk cina cikit




***********************************************

ni fatin liyana...umur die dah 2tahun...tp macam bape bulan jer...badan kecik...perkembangan pun lambat...cian die

***********************************************
firdaus, umur die baru 7bulan...comelkan...ira sayang sangat2 kat die ni...insyaAllah kalau xde pape dia akan pembedahan untuk repair lip n palate die pada 24/11 ni...nanti makin comellah die..hehe




sayangnyeeee kat diorang. mungkin kanak-kanak inilah untuk mereka yang tiada zuriat

andai awak tahu perasaan ini


Andainyaawak tahu
Dalam hati ini ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesah
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya awak tahu
Rajuk diri ini minta dipujuk
Sedih diri ini minta didengari
Gembira diri ini ingin dikongsi

Andainya awak tahu
Di sebalik seribu satu rasa ini
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh
Kerana andainya awak tahu
Hati ini akan senantiasa bertanya
Pada diri ini
Wujudkah cinta itu di hati awak
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu

Tetap di hati ini
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah

ya ALLAH.....SUSAHNYA MENJAGA HATI INI YANG BEGITU MENYINTAINYA....

AKU MENGHARAPKAN IA NYA BERAKHIR DGN SEPERTI INI...TETAPI KU TAHU IA PASTI TIDAK AKN SEBEGITU...SEPERTI YG AKU HARAPKAN