.:entry kenangan:perhimpuanan keluarga Hj.Omar:. (moyangku) :.

assalamualaikum pada semua rakan-rakan. lama betul ira tak update blog. sesangatlah busy cuti sem. memang takde masa nak on9. hanya menghabiskan masa bersama keluarga & saudara-mara.

sebelum tirai 2010 tertutup, terajinlah diri untuk menaip. entry kali ni pada ira cukup penting walaupun ianya diadakan pada tiap-tiap tahun. mana taknya. tahun ni yang ira berkesempatan menghadirinya. esok-esok(tahun akan datang) belum tentu dapat join.

perhimpuanan keluarga haji Omar telah dihadiri oleh anak, cucu, cicit, piut & segala macam lagi. memang seronok betol. ramai rupanya sedara ira ni. memang tak kenal pun. huhu. tak tahulah kalau jumpa kat tepi jalan ke, pasaraya ke, kedai ke or kat mana-mana pun mesti tak kenal. yang kenal tu alhamdullilah la. tapi yang sepanjang ira hidup 20 tahun ni hanya 1kali or 2 kali jumpa ni tak taulah boleh cam ke tak.

ucapan tahniah kepada keluarga haji idris selaku tuan rumah pada tahun ini kerana telah berjaya sesangat menguruskan perhimpunan tersebut. cayalah TOK NGAH n famili. tapi jangan lupa tau. cucu-cucu haji Aziz pun tolong tau. lagi-lagi yang pasang kain rentang tu. hehe

anak-anak Hj.Omar yg masih hidup(keluarga induk)


cucu-cucu hj.aziz berkaroke


bersama budak-budak...anak cape pun tak tau...yang penting 1keluarga

keluarga wak sin

keluarga tok wahid

keluarga nyayi usu

keluarga tok ngah


keluarga dari singapura


keluarga haji aziz(keluargaku)..nipun masih ada menantu, cucu & cicit yg tiada de dlm gmbar

haji aziz&isteri bersama anak2


nak perempuan & menantu perempuan haji aziz







oklah. sepanjang tahun 2010 ni banyak betol dugaan yang telah dihadapi. semoga cabaran tahun 2011 dapat ira hadapi dengan tabah.

congrat to all my classmate dengan result yang gempak. alhamdullilah semua lulus dengan cemerlang.

to ayah&ibu terima kasih atas doa, dorongan, sokongan & bermacam-macam yang telah diberikan.

pada si DIA. kita berserah hanya padaNYA. sayang awak.

pada diriku sendiri. teruskan usaha. jangan tinggal solat, rajin mengaji. jangan nakal-nakal. n esok nak keluar cari hadiah untuk diri sendiri.

p/s : rindunya kat si MIMO sayang. dah seminggu tak jumpa.

.:kucing baruku:.

memang sedihkan bila apa yang kita sayang hilang atau pergi dari hidup kita. tapi apa pun hidup mesti diteruskan. berusaha membuat diri gembira. usaha dan terus berusaha. tapi kadang-kadang kita tak sangka apa yang akan berlaku seterusnya adalah lebih baik dan lebih mengembirakan kita.

sekarang dah start cuti untuk sem 5. semua lawan-kawanku pulang ke kampung masing-masing dengan riang & ria. tapi ira pulang dengan sedikit kesedihan sebab kucing ira ( kitty) dah takde lagi kat umah. kawan ibu ira dah amik. suka-suka ati jer amik kucing orang. tapi nak buat macam mana. ianya telah pun berlaku.

tapi dengan tak di sangka-sangka ira dapat kucing baru yang lagi comel & manja. ira bagi nama dia MIMO. comel tak nama dia? hehehe. kucing ni atuk sedara ira yang bagi. sangat-sangat suka. thanks ya atok. so sekarang dah tak sedih lagi sebab dah ada mimo.





p/s : saya sayang kucing saya( sayang kucing orang lain juga) *saya memang sayang kucing

.:Berkubang di Melaka:.


Memang seronokkan bila sekali-sekala keluar ramai-ramai bersama kawan-kawan. Setelah berhempas pulas otak menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikarang oleh lecturer. Hati pun mula rasa lega.

Semalam ira dengan budak-budak kelas berjalan di sekitar Melaka. Plan utama hanya untuk ke A Famosa Water World jer. Tapi alang-alang dah sampai sana jalan-jalanlah ke Bandar hilir berberapa jam. Memang seronoklah. Mane taknye. Gi ramai-ramai. Memang meriahlah. Kat Water World tu walaupun orang memang dah tersedia ramai. Tapi rasanya dengan kehadiran group kami seramai 27 orang ini menambahkan lagi kemeriahan disana. Hahaha. Hilang segala tensen-tensen kat otak. Pada kawan-kawan semua thanks yerrr. Korang memang bestlah. Lain kali kita gi jalan-jalan lagi.





muka takot..hehe

takot lagi