cepat dimasak sedap dimakan

motif gambar sebab malam ni rasa suka kat warna merah

Assalamualaikum & selamat malam semua.

ira baru lepas layan cerekarama tv3. sedih. tapi tak nangis pun. huhu. jam sekarang menunjukkan pukul 12.09pagi. dah hari ahad. selamat berhujung minggu. pagi-pagi ni ni ira nak cerita cikit pasal mi meggi. walaupun ianya buka jenama maggi, but orang still panggil maggi. agaknya kenapa yerkkkkkk? mungkin sebab dari dulu-dulu maggi jer kot yang famous.

kalau ingat balik masa sekolah dulu, time exam yang besar-besar macam UPSR, PMR, SPM ayah, ibu, cikgu selalu pesan kene jaga pemakanan. jangan makan jajan, jangan makan maggi. semua tu tak elok untuk otak. sampaikan setahun tak makan maggi sebab nak exam. huhu

tapi sekarang bila dah duk universiti semua tu dah tak ambil kira. nak exam tulah makanan yang mudah, cepat dan sedap. time-time nak exam ni memang seluruh anggota badanku menjadi malas. nak masak malas, basuh baju malas, bilik lagilah bersepah dengan nota-nota. hahaha. kalau rajin cikit gi lah cafe or kolej beli makanan. baju pula gi hantar dobi. bilik pula nanti lapas examlah baru kemas balik nota-nota. terok betol budak ira ni. isshhhh3

lagi-lagi kalau waktu malam macam ni. nak keluar lagilah malas. so, jalan terbaik adalah petik dapur gas, letak periuk n maukkan air. dan akhir sekali masukkan mi maggi(walaupun buka jenama maggi). 2,3 minit dah ciap. senangkan. nak makan pun sedaplah gak. kalau ira potong lah cili banyak-banyak bagi pedas. oklah. ira nak makan maggi ni. laparlah.

DIA adalah DIA


DIA memang seorang yang istimewa
&
biarkanlah ia kekal bergitu.
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang DIA kerana sekali merubahnya, selamanya akan mengubahnya.

masih ingat,
terpikat padanya kerana DIA adalah DIA.

maka,
tiada alasan untukmengubah DIA untuk menjadi seorang yang lain.

sangat sayang DIA!

just around the corner

to all dear friends :
i draw the picture special for you all...hope u all like...although the picture is bad but it's sincere from my heart..good luck for the final exam...chaiyok2 !!!


p/s: sayang kalian semua =)

.:entry kenagan: thanks mom azilah:.

very happy today because once again to gather a group of mentor mentee. thank you very much on the group members have given themselves to attend and thank you very much also mummy Azilah coz spend a little time with us even tersangat-sangat busy.

walaupun sekejap tapi happy sangat-sangat. bilalahlah dapat kumpul ramai-ramai lagikan. masing masing dah sibuk dengan final year, kecian kat adik baru zatil. takpe hope next sem kita dapat buat banyak lagi aktiviti. tahun ni slow mungkin sebab ketuanya slow kot. hehehe. sorry yer group member. pada sin plak, jangan sedih-sedih. takpe. next sem kan ada lagi






.:khas buat sahabat tersayang aku terharu:.

assalamualaikum kawanku yang tersayang.

entri ni khas untuk korang. terharu tak???kalau tak kene terharu gak. aku tak kire. huhu. takdelah aku gurau jer. eerrrrrmmmm. actually aku nk ucapkan thanks bebanyak kat korang. thanks sebab ape yerkkkk? aku pun tak tau thanks sebab ape. hehehehe. malulah pulak nak cakap(gedixXX nye)

sahabat-sahabat, terima kasih banyak-banyak sebab celebrate my bfday. suke sangat-sangat. walaupun marah mase nak buka pintu. tapi memang shock gilerrrr la mase buka pintu. huhu. guna camera tak minta izin ea. takpe-takpe. tak kesah pun =)

thanks gak for the gift. suke-suke. tapikan baju tu takde tudunglah. nape x bagi tudung sekali. hehehe(bagi betis nak peha plak). gurau jer la. thanks a lot yerrr. tahun depan buat lagi ea(tak malu). hehehe. sayang korang semua mawaddah, ayuni, izzati & wan












Sahabat

Adalah hati yang hangat

Sehangat kopi susu buatan ibu

Menyejukkan mulut dan rasa

Tanpa musti bergelora


Sahabat

Jalannya tak berjejak

Tak pula berpeluh keringat

Namun memberi semangat

Sahabat bukanlah cinta sejuta rasa

Bukan pula bara api rindu di dada

Hanya seuntai benang sutera

Yang cukup erat mengikat

Nurani yang jahat


Sahabat adalah serumput kata yang sejuk

Sesejuk embun di pelupuk mata

Yang menidurkan jiwa

Tanpa berjuta aksara


Sahabat

Mungkinkah engkau menjadi sang juru penyelamat?

atas anggur cinta yang memabukan

Atau istana suka yang mengilusikan

Atau tsunami duka yang menenggelamkan

.:mereka tidak berdosa:.


salam pada semua. hari ni tetiba tergerak hati nak tulis entry pasal kanak-kanak yang bernasib malang. Ya Allah! Kasihanilah mereka ini. semoga mereka ini menjadi anak yang soleh dan solehah. kanak-kanak yang ira maksudkan bernasib malang ini ialah kanak-kanak yang telah ira jaga sepanjang ira posting di wad kanak-kanak. mereka dari rumah kebajikan Tengku Budriah. memang sedih kalau tengok keadaan diorang. tiada ibu dan bapa. macam mana agaknya kehidupan mereka kan. tinggal beramai-ramai dalam satu tempat yang hanya mempunyai beberapa orang penjaga. tapi bila di hospital rasanya keadaan mereka lebih baik berbanding di rumah kebajikan tersebut sebab kalau kat hospital ada nurse yang akan menjaga diorang.

bangun tidur ada orang mandikan, beri susu, suap makan, layan diorang bermain, tukar pampers n macam-macam lagilah. tapi kalau kat rumah tengku budriah tu belum tentu diorang dapat keselesaan macam 2 sebab bayangkanlah beratus-ratus bayi n kanak-kanak tetapi hanya beberapa orang penjaga. macam manalah kan. nak suap makan, nak mandikan, nak tukar pampers. tak tertangan rasenye.

sedihnya lihat keadaan diorang yang tidak beribu dan berayah bukan kerana kematian tetapi kerana sikap ibu bapa mereka yang tidak bertanggungjawab. kebanyakkan mereka di temui di tepi jalan, di dalam tong sampah, bawah jambatan, tepi sungai, depan pintu rumah(kira ok lah). ada ke patut perangai diorang macam tu. tak kesian ke kat anak. pandai buat pandai tanggunglah. klu yerlah tak nak anak tu bagilah cara elok kt orang lain. ni letak sepah-sepah. untunglah kalau bayi tu masih hidup dapat tengok dunia. kalau mati memang kesian. siapa nak tanggungjawab.

masa jaga diorang ni memang sedih sebab diorang sentiasa nak di dukung. tak macam anak-anak orang lain yang hanya mahu du dukung oleh ibu or ayah diorang jer. tapi kanak-kanak dari rumah kebajikan ni nampak orang semua dia nak minta dukung. yelah, tak cukup kasih sayang. kalau nak tahu perkembangan n tumbesaran diorang ni pun lambat sedikit dari kanak-kanak normal. mungkin sebab kurang dapat perhatian n kasih sayang.

sangat seronok jaga diorang. bila diorang bangun jer bagi diorang makan, makan ubat, bagi susu pastu mandikan diorang. kasi diorang wangi-wangi, pakai baju comel-comel. memang seronok lah. main dengan diorang. dengar diorang gelak. best sangat-sangat. rindunya kat diorang. sayang fidaus, sayang adriana, sayang dila, sayang fatin. semoga diorang cepat sembuh n ada orang yang nak ambil mereka jadi anak angkat.AMIN

ni dila farhana...comelkan...dia ni dah ada mak angkat...=)



**************************************************
ni adriana...besarnyeee mata...dia ni macam ada kacuk cina cikit




***********************************************

ni fatin liyana...umur die dah 2tahun...tp macam bape bulan jer...badan kecik...perkembangan pun lambat...cian die

***********************************************
firdaus, umur die baru 7bulan...comelkan...ira sayang sangat2 kat die ni...insyaAllah kalau xde pape dia akan pembedahan untuk repair lip n palate die pada 24/11 ni...nanti makin comellah die..hehe




sayangnyeeee kat diorang. mungkin kanak-kanak inilah untuk mereka yang tiada zuriat

andai awak tahu perasaan ini


Andainyaawak tahu
Dalam hati ini ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesah
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya awak tahu
Rajuk diri ini minta dipujuk
Sedih diri ini minta didengari
Gembira diri ini ingin dikongsi

Andainya awak tahu
Di sebalik seribu satu rasa ini
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh
Kerana andainya awak tahu
Hati ini akan senantiasa bertanya
Pada diri ini
Wujudkah cinta itu di hati awak
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu

Tetap di hati ini
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah

ya ALLAH.....SUSAHNYA MENJAGA HATI INI YANG BEGITU MENYINTAINYA....

AKU MENGHARAPKAN IA NYA BERAKHIR DGN SEPERTI INI...TETAPI KU TAHU IA PASTI TIDAK AKN SEBEGITU...SEPERTI YG AKU HARAPKAN

kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah


♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

by MOHD NAJIB

p/s : Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)

already 20


I was twenty years old. I was old. abdul rasyid thank for being the first person to say happy birthday to me. miss u. thanks faizal for being the first to give a gift to me. suka sangat hadiah tu.

to my friends thank you for wish. thank you very much. do not think getting wish more than three hundred friends on Facebook. thank you all.

usia dah semakin meningkat. hahaha. aku dh 2otahun ni. tua dah. kira dah boleh kawin ni. gatalnyeeee. blaja pun tak habis lagi dah sibok nak kawin. hehe. insyaAllah klu jodoh dah sampai tu adalah la. tak yah lah nak kalut-kalut. huhu =)

sekarang rasa lebih selesa dan aman. rasa lebih tenang. thanks pada family and housemate n pakcik Kordi Lampoyang yang telah banyak bagi support. love you all. tiada apa yang tak mungkin kalau kita usahakan sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh. setiap masalah pasti ada penyelesaian. Allah takkan uji hambaNYA jikalau hambaNYA tidak mampu menghadapi ujian tersebut. percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. teruskan usaha INSYAALAH u will find the way.

pengalaman lepas banyak mengajar aku erti kehidupan. mengajar aku erti penderitaan, keriangan, kebahagiaan. semoga halangan yang mendatang dapat aku tempuhi dengan ketabahan dan kesabaran. tak semua yang kita ingin akan akan kita capai. belajarlah menerima rialiti bukannya fantasi.



p/s : hope dengan peningkatan angka belasan menjadi puluhan(20) akan menjadikan diri aku lebih matang. AMIN