Gathering sahabat Blogger di Shah Alam

SB event Salam dan selamat pagi semua. ok sekian lama aku tak sempat mengupdate blog disebabkan hal-hal yang lebih penting. hari ni pun aku menyempatkan diri mengupdate walaupun terdapat tugas lain yang lebih penting dan memerlukan aku. hahaha. busy kan kan kan

ok lah serius aku mengaku aku sangat-sangatlah jeles sebab tak dapat join gathering Sahabat Blogger yang diadakan hari ni di Shah Alam. reason tak dapat tut tut tut.

Pape pun semoga kalian semua bergembira yer. nak gi! nak gi! nak gi!

p/s: confirm  aku jeles bila gambar-gambar korang diupload nanti

bila nurse berdebar-debar

DSC01200 selamat pagi semua. pagi ni walaupun sebok ira terpaksa meyempatkan diri mengupdate blog. hari ni nak balik KL dah sebab esok result untuk exam lembaga jururawat malaysia akan di umumkan untuk pelajar-pelajar jururawat UKM. rasa berdebar-debar plak.

hope ira dan kawan-kawan yang lain lulus. dah lulus boleh la dapat lesen bekerja di hospital. semoga semuanya berjalan lancar. AMIN

p/s: tiada lain yang mengembirakan ibubapa selain melihat kejayaan anak-anaknya

segmen: Bro Framestone Bertanya & Aku Ingin Mengubah Masa Silamku

Lame tak join segmen. malam ni aku nak join segmen dari blog Bro Framestone. sesape nak join klik sini.

bila ditanya pada diri apa yang ingin aku ubah masa silam aku? nak ikotkan memang banyak sangat. tapi apa yang dah berlalu tak mungkin dapat di ubah. pada aku biarlah ianya terus menjadi pengalaman dan pengajaran pada diri aku. kesilapan dan kesalahan lepaslah yang telah banyak mengajar diri aku erti kehidupan dan menjadikan diri aku lebih matang.

Tapi kalaulah masa silam tu boleh di ulang kembali aku nak sangat minta maaf pada seorang insan yang sangat aku sayang. 7tahun dah berlalu. semoga arwah memaafkan segala kesalahanku.

p/s: hanya doa yang mampu ku kirimkan. Semoga kau tenang dan aman disana bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah untuk arwah.

#2nd spontaneous thursday

sahabat means orang yang kita percayai dan boleh dipercayai. dialah orang yang sentiasa berada disisi kita tak kira semasa kita susah mahupun senang. so, sahabat blogger juga kenelah camtu juga yerrrr :)

#1st spontaneous thursday

#2nd Wordless Wednesday

SAM_3025 Wordless Wednesday (#WW) ialah pada setiap hari rabu, blogger akan membuat satu entry dengan hanya meletakkan gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk menerangkan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya tanpa apa-apa penjelasan.

#1st wordless wednesday

Hilang tv9 gabungkan Rozita Che wan & Ayu Raudhah

drama-hilang-1 Drama Hilang dalam slot Ratu di tv9 akan mula ditayangkan mulai 5 Julai 2011 (hari ini)  jam 8.30 malam iaitu pada setiap isnin dan selasa. drama dibintangi hero hensem Zul Ariffin, pasangan adik beradik Ayu Raudhah dan Rozita Che WAn dan juga budak comel ni Mia Sarah Nasuha.

Sinopsis cerita:

Salina akhirnya mengandung dan ini memberi berita gembira untuk seluruh ahli keluarganya namun tidak bagi Malina yang mempunyai perasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina mencecah 7 bulan, Salina terbabit di dalam satu kemalangan selepas pulang dari bersiar-siar bersama Azrul. Akibat kemalangan  tersebut, Salina hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan ke dalam wad mental….

jom layan OST ni

Produksi/Terbitan : Pena Creative Pictures Sdn Bhd. (Puan Hajjah Ziela Jalil)

….Peristiwa ini memberi tekanan kepada Azrul. Namun Azrul bernasib baik mempunyai Fauziah, ibu mertuanya dan juga Salimah yang sanggup membantunya menguruskan anaknya yang "kehilangan" ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina (Mia Sara) anak kakaknya itu. Fauziah menyuarakan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul. Salimah yang sudah mempunyai teman lelaki, terpaksa mengorbankan cintanya demi kakak tersayang. Tindakan Salimah ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahanya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak berjaya.

Ingatan Salina akhirnya pulih. Ini memberi perkhabaran gembira buat seluruh anggota keluarganya. Namun, pada masa yang sama mereka bimbang kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.

Apa yang akan berlaku seterusnya? Jom kita layan. ZazzzzZZZ

p/s: nak tengok sebab ade pakwe encem berlakon..hahaha gatai :)

sumber dari sini

1000 profesor akan berhimpun

menjana transformasi

Pada 6 dan 7 Julai 2011 ni akan diadakan Kongres profesor Negara yang dianjurkan oleh Majlis Profesor negara (MPN) yang akan melibatkan lebih 1000 profesor tempatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Apa yang aku sibuk sangat dengan kongres ni? sebenarnya aku sebagai rakyat malaysia rasa bangga kerana kongres seperti ini akan diadakan. bukan senang nak kumpulkan 1000 profesor yang berlainan bidang akan duduk bersama berbincang dan memberikan pandangan mereka berdasarkan kepakaran masing-masing bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program transformasi.

Harap kongres ni berjalan lancar dan memberikan impak besar kepada pembangunan negara.

Pada kongres tu nanti, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dijangka hadir dan memberi pandangan mengenai Malaysia apabila telah mencapai Wawasan 2020.

sumber dari:

BERNAMA & UTUSAN

p/s: Good Luck untuk kongrestersebut. Hope dengan kongres tersebut dapat menyelesaikan isu-isu penting negara :)

bila Ben Ashaari terkejut, Bro framestone merajuk

bloggersummit semalam bila aku upload gambar kat atas  telah menyebabkan timbulnya huru hara. hahaha. takde lah huru hara mane pun. mana yang Abang Ben terkejut ni? mana yang Bro Framestone merajok? korang caye tak? kalau tak caye tengok ni.

bila Abang Ben terkejut. tanjattt beben

tanjat beben abang beben terkejut sebab ape yerk? mungkin sebab dia tengok gambar dia kot. cuba tengok abg beben buat ape dalam gambar tu. dia pintal-pintal bajku dia. nampak sangat abang beben ni pemalu orangnya. hahaha. sila baca ni entry bukti abang beben pemalu di abang beben.

bila Bro Framestone merajuk sebab dia takde dalam gambar

bro majok ala bro takyah lah namk majok-majok. nanti tak encem (ehhhh! encem ker Bro Framestone) sebenarnya Bro takde dalam gambar sebab dia yang ambil gambar nie. muahahaha. so takleh la nak majok.

p/s: thanks pada semua yang ada dalam gambar kerana sudi bergambar bersama-sama.

#1st spontaneous thursday

Asik-asik kena marah…ada aku kesah!!! gggrrrrrrrrrhhh!

Isra’ Mikraj VS Transformers

isra' mikraj

Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Hijrah. Pada hari ini 27 Rejab 1432 hijarah dan kalau ikut kalendar barat ia jatuh pada hari rabu bersamaan 29 Jun 2011 (hari in)

Transformers..…………..!

Ditayangkan bermula hari ini. ehhhhh! kenapa hari ni erk?kenapa tak esok? bukan kat Malaysia ni setiap satu cerita yang akan ditayangkan akan bermula pada hari khamis ker?

Tapi kenapa hari ni yerk? sama pulak tu dengan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj. adakah terdapat agenda tersendiri disebalik tayangannya pada hari ini? Adakah supaya kita lupa akan peristiwa Isra’ Mikraj?

Adakah begitu cara musuh islam menjadikan kita lupa dan tidak menghormati peristiwa besar umat islam ini? tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.

Dan Sebaik-Baik Yang Merancang Itu Adalah Allah s.w.t

Wallahu’alam

Mari kita sama-sama fikirkan

p/s: pada yang akan pergi menonton bola kat stadium hari ni berhati-hati yer. jangan seronok-seronok sangat. hormatilah peristiwa besar bagi umat islam.

sumber dari laman facebook ini

#1st Wordless Wednesday

Wordless Wednesday (#WW) ialah pada setiap hari rabu, blogger akan membuat satu entry dengan hanya meletakkan gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk menerangkan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya tanpa letak apa-apa penjelasan dan ini merupakan #WW ku yang pertama.

DSC04840

Budaya mencari jodoh di kampus

cinta kampus

pagi ni klik-klik kat metro online terbaca  satu tajuk yang menarik minat iaitu “budaya mencari jodoh di kampus”.

pada pendapat aku benda ni pekara biasa yang terjadi pada zaman sekarang. Tak perlu rasanya nak mempertikaikan budaya mencari jodoh di kampus ni sebab ni budaya ni bukan budaya baru. lagi-lagi kalau dah masuk universiti macam aku ni. aku rasa universiti nilah lokasi strategik sebab kat universiti macam-macam orang kita jumpa.

ada orang cakap banyak masalah timbul bila bercinta masa belajar.  lagi-lagi masalah sosial selalu jadi dan ada gak yang cakap bercinta masa belajar ni akan menyebabkan gagal pengajian. tu sume disebakan:

  • mudah sangat alpa dan lupa diri
  • memasang angan-angan menjangkau kemampuan hingga menggelapkan masa depan tu yang gagal dalam pengajian
  • langkah menjadi semakin panjang sebab dah rasa bebas daripada kongkongan ibu bapa
  • dah dapat masuk alam baru lebih terbuka sebab dari  kanak - kanak dah jadi remaja kan(rasa diri dah besarlah.huhu)
  • mudah sangat terpengaruh dengan pakwe/makwe lah. apa pasangan korang cakap, korang ikot jer(kalau ikot benda baik takpelah)
  • tak berfikir panjang. ikot sangat nafsu bila nak buat keputusan(fikirlah mak ayah korang kat kampung tu. tu pun kalau yang datang dari kampunglah. kalau yang dari bandar tu fikir gak lah famili orang. janganlah jatuhkan maruah. tapi kalau korang tak sayang maruah korang jagalah nama baik keluarga)

p/s:-

tiada salah belajar dan pada masa sama merancang masa depan dengan cari jodoh semasa di kampus. peluang dah ada depan mata, takkan nak lepaskan. berfikirlah menggunakan akal yang waras sebelum melakukan sesuatu tindakan. tak kira kita orang islam atau tidak percayalah tiada satu agama pun yang membenarkan individu itu melakukan pekara yang buruk.

#semputsunday aku suka entry berantai

top-secret-rubber-ink-stamp tetibe aku tersuka kat gambar nie. tiada motif :)

salam semua. selama 3, 4 hari tak update blog disebabkan kesibukkan sampai semputtt. huhu. hari ni pun sibuk sesangat tapi cari masa gak nak update untuk #semputsunday yang telah diciptakan oleh budak-budak yang menghadiri kem blogger di #rumahbro.

untuk kali ni aku nak sambung entry berantai ni yang bermula dari DIA dan disambung oleh DIA dan DIA. malas nak citer dari awal. korang bacalah dari blog sebelum ni yer.

sebenarnya aku tak terkejut pun admin group tu buat macam tu sebab mase ade orang invite aku dalam group ni pun aku tak berkenan dengan group ni. comellah sangat name dia. mase di invite pun aku tengok rules untuk group ni pun aku dah tau group ni mesti admin dia budak-budak. tapi tu lantaklah kan budak ke orang tua ke yang create the group. ada aku kesah! haha

tapi semput bila nak ping blog kat situ tak boleh. buat pe letak word blogger dalam group tu kalau tak leh nak ping blog. admin jer yang leh ping. ishhhh tak patot tak patot. ahli dah cecah 1K tapi admin jer yang leh ping. mesti blog admin tu cute kan. haha. lagi satu baru perasan sekarang ni hanya admin jer yang leh approve member even kite invite. haha memang protective betol group ni. haha

pape pun semoga group ni terus majulah yerrrrr. tapi aku dah remove group ni dari list aku. sorry admin. tapi kamu tak kesahkan sebab kamukan comel. kah kah kah

p/s: aku suka entry berantai macam ni sebab ianya merapatkan hubungan kami :)

.:video sepanjang kem blogger di rumah Bro Framestone:.

Ini antara sedikit rakaman (ehhh sikit ker???macam banyak jer) sepanjang  3hari 2malam di rumah Bro Framestone oleh Akmal Hilmi dan Muez Ja. Video telah diedit oleh Akmal Hilmi. jom layan TERJAH BLOGGER bersama Akmal Hilmi.

 

 

 

blogger yang terlibat:

http://www.broframestone.com/

http://www.akmalhilmi.com/

http://goierago.blogspot.com/

http://www.thegarang.com/

http://aslannosf.blogspot.com/

http://yanananako.blogspot.com/

http://taufiqhelios.blogspot.com/

http://belog.syazwansarawak.com/

http://www.kirinselamaperak.com/

http://www.kayif.com/

http://exsamsed.blogspot.com/

http://mrsgforgg.blogspot.com/

p/s: memang happening sesangat. hope dapat join lagi aktiviti blogger macam ni. terbaiklah korang sume sampai semputtt di #rumahbro

.:kem blogger di rumah bro Framestone-part3:.

selamat pagi semua. semalam tak sempat nak update blog sebab sindrome penatisme + semputinisme melanda diri = tak larat nak mengupdate blog.

dalam part 3 atau part last ni takde ape nak citer sangat. cume nak tunjuk gambar jer. gambar yang menjelaskan segalanya. macam wordless wednesday. tapi hari ni KAN monday.

aktiviti hari ke3 di rumah bro lebih santai-sanntai. budak ni plan nak gi mandi sungai untuk second round pun cancel.

oklah korang layan jer gambar-gambar ni yer :

kem taufiq

kem mkan

kem mkn

kem dpan

kem dpn umah

kem.

kem wan vid

kem blik

kem lrt tiket

kem lrt

kem wan

kem TH lrt

kem

p/s: sedih nak berpisah dengan blogger-blogger yang join kem ni. korang memang terbaiklah :)

kem blogger di rumah ro Framestone – part1

kem blogger di rumah ro Framestone – part2

.:kem blogger di rumah Bro Framestone-part2:.

selamat pagi semua. mata masih mengantuk walaupun dah sambung tido lepas subuh tadi. penat sangat semalam kot. ehhhh buat apa yang samapi penat tu? haha. ok pagi ni nak sambung cerita dari part1

semalam seharian kami melakukan aktiviti di rumah Bro. dari pagi samapai malam dengan aktiviti-aktiviti yang santai. penat sangat sebab banyak gelak. haha

start dari pagi dengan sedikit perbincangan dan perkongsian maklumat dengan blogger-blogger lain. memang bestla . macam-macam isu ade. terbaiklah korang. diikuti dengan mandi sungai, ke pasar malam, gosip, BBQ, dan gelak ketawa yang tak benti-benti.

sedikit gambar nak bagi orang jeles. haha

kem discuss sesi perbincangan+sharing+gosip

kem mknmakan sebelum mandi sungai

kem mandi nak interframe gak…asik aku jer yang amik gambar

kem mandi 1 syokkkk jer tengok diorang mandi

kem mandi 2 mereka pun bergosip juga

kem mamdi3 jemur diri sebelum pulang

kem baru smpai orang jauh baru tiba…bikin panas jerrrr

kem BBQ

kami datang memang nak bakar jerrr…bukan nak makan pun

p/s: baru lepas breakfast…tak tahu ape perjalanan aktiviti hari ni…petang ni dah nak gerak balik KL…adakah mereka akan ke sungai lagi???

kem blogger di rumah Bro Framestone – part1

Blogger Semputtt! perlu ke CPR?

berbalik kepada entry blogger semput dari blog Taufiq Helios, ira pun nak menyibukkan diri nak sambung. ok Bro framestone dah semput. sape nak tolong bagi inhaler kat dia silakan. tak payah kot sampai nak bagi CPR. tak sesuai. kah kah kah

mencegah lebih baik ari mengubati. so baik kita cegah dari dapat semput. so tak yah lah nak semputkan diri. relax sudaaaa.

dalam dunia blog ni kalau tak dilayan tu biasalah. takyah nak tacing-tacing. kalau orang tak ramai komen tak yah nak buat ayat sedih-sedih buat dek jer macam ira. kalau tak ramai follow buat tak tau jer sebab ADA AKU KESAH ade follower ke tak. haha

kalau tak dilayan tu biasalah. buat ayat sedih-sedih nak minta simpati ingat orang simpati ker?kalau asik buat camtu jer orang pun meluatlah. ehhhh emo pulak aku. haha.

ira rase cukuplah tu. cerita akan disambung di blog kirinselamaperak

.:Kem blogger di rumah Bro Framestone- part1:.


Assalamualaikum semua :)

setelah sekian lame tak mengupdate blog. akhirnya kembali setelah selesai segala keutamaan. alhamdullilah ira baru abis exam besar. Fuuuhhhhhhhhhhhhh lega dah settle exam untuk Lembaga Jururawat Malaysia. hope ira lulus. kalau lulus insyaAllah dah leh start keje bulan 8 ni.

Now, ira di Perak untuk event Kem Blogger di rumah Bro Framestone. siyessssss best. tak tipu. dapat jumpe #retis Amal Espraza, Aslann As, Akmalhilmi, Taufiq Helios, Syazwan Sarawak dan budak kecik ni Yana Nanako.

ok nanti citer lagi. aktiviti pagi ni nak mula dah. stopppppp! jap lagi nak gi mandi sungai. byeee3

p/s: air teh'O aku tak laku pagi ni. sume minum teh tarik jer :)
p/s/s: korang tengok muka Amal. sila komen

Cabaran Shell FuelSave 2011 Nobatkan Pemenang Negeri Selangor

Baru-baru ni ira telah diinvite(ehhhh diinvite ker???huhuhu) atau meyibukkan diri untuk menyertai Cabaran Shell FuelSave 2011 peringkat Selangor yang telah diadakan telah diadakan di Stesen Minyak Shell SS15/3B Subang Jaya. Ianya diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama kepada pengguna kenderaan tentang caramenjimatkan penggunaan minyak petrot untuk kenderaan mereka. Event ni diadakan disetiap negeri untuk mencari pengguna bijak untuk melangkah ke pusingan akhir Cabaran Shell FuelSave 2011 peringkat Kebangsaan.

Participants of the Shell FuelSave Challenge in Selangor were flagged - off by Encik Jeffrey Maran, Senior Regional Retail Marketing, Central Region, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Fahrin Ahmad, Shell FuelSave Ambassador


Peserta-peserta Cabaran Shell FuelSave 2011 peringkat Selangor

Mr Ratchatapong Boonwatsakul, Fuels Scientist, Retail and Automotive Fuels Technology Group, Shell Global Solutions (Malaysia) Sdn Bhd; Ms Christine Liew, Head of Retail Marketing - Malaysia, Singapore, Hong Kong, Brunei; Mr Leslie Ng, Retail National Sales Manager of Shel Malaysia Trading Sdn Bhd; Encik Jeffrey Maran, Senior Regional Retail Marketing, Central Region, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd; Encik Fahrin Ahmad, Shell FuelSave Ambassador (fourth from the left, in front row) and the participants of Shell FuelSave Challenge in Selangor


(L-R) Encik Saiful Johari, Shell Dealer for Spektra Murni Sdn Bhd; Mr Leslie Ng, Retail National Sales Manager of Shel Malaysia Trading Sdn Bhd; Mr Lee Chee Koon, the Selangor state winner of Shell FuelSave Challennge; Ms Christine Liew, Head of Retail Marketing - Malaysia, Singapore, Hong Kong, Brunei; Encik Jeffrey Maran, Senior Regional Retail Marketing, Central Region, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd; Mr Ratchatapong Boonwatsakul, Fuels Scientist, Retail and Automotive Fuels Technology Group, Shell Global Solutions (Malaysia) Sdn Bhd and Encik Fahrin Ahmad, Shell FuelSave Ambassador


Shell malaysia meneruskan bahagian kedua Cabaran Shell FuelSave 2011 dengan mengumumkan Encik Lee Chee Koon sebagai pemenang negeri Selangor. Beliau telah memandu sejauh 110 kilometer dengan hanya satu liter Shell FuelSave 95 sepanjang laluan XX kilometer yang ditetapkan serta memenagi hadiah bernilai RM3,000. Beliau berpeluang juga memenangi RM50,000 di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung pada Oktober 2011 nanti.

Mr Lee Chee Koon, the Selangor state winner of Shell FuelSave Challennge walked away with prizes worth RM3,000 and is in the running to win RM50, 000 in the 2011 Grand Finals in October

kata-kata Encik Lee Chee Koon selaku pemenang:
"My interest to participate in the Shell FuelSave Challenge was sparked when I saw the advertisement which shouts the message of fuel efficiency. Savings is a big part of my lifestyle and I have always been looking for new ways to save money. Taking part in this Challenge, I now know how to burn less fuel while travelling. The Shell FuelSave tips are not just useful, but also practical for someone who drives frequently like me!” said Mr Lee. He also added, “On top of that, I am excited to be competing at the Grand Finals alongside the Johor and Penang State winners. In the mean time, I will practice the Shell FuelSave tips and hopefully be able to become Malaysia’s Shell FuelSave Challenge Champion by clocking in the furthest mileage."
Kedudukan peserta bagi Cabaran Shell FuelSave 2011 Peringkat Negeri Selangor:
  1. Mr Lee Chee Koon
  2. Ms Shirlie Tan
  3. Ms Lina Toon
  4. Mr Jerry Ng
  5. Ms Jamuna Devi A/P Sundar
  6. Ms Lai Poh Yee
  7. Mr Lok Kin Mun
  8. Pn Noehafiza bt Razali
  9. En Shaharudin b Mohamad
  10. Cik Nurul Izma bt Mohamad

Untuk menyertai Cabaran Shell FuelSave 2011, pemandu berusia 24 tahun dan ke atas, dengan pengalaman memandu selama lima tahun, hanya perlu mengunjungi Pameran Bergerak Shell FuelSave untuk menjawab beberapa soalan dan melalui proses temu duga. Pameran bergerak untuk pendaftaran peserta Cabaran Shell FuelSave seterusnya akan diadakan di Sunway Carnival, Pulau Pinang (3 – 5 Jun 2011).

Selain itu, pemandu juga boleh mendaftar di www.shell.com.my/fuelsave untuk membolehkan mereka merebut peluang memenangi hadiah menarik, dan dinobatkan sebagai Juara Cabaran Shell FuelSave 2011:

1 x Juara Peringkat Akhir: Hadiah Utama bernilai RM50 000

1 x 3 Pemenang Negeri: Hadiah Utama bernilai RM3,000

10 x 3 Pemenang Hadiah Sagu Hati Negeri: RM300

Tarikh tutup pendaftaran peserta ialah 5 Jun 2011. Jadi, daftarlah hari ini untuk mengambil bahagian dalam Cabaran ini

p/s: seronok jumpa Fahrin Ahmad. Abang Fahrin memang spoting la. nanti kita jumpa lagi yerk.lepas ni kat Pulau Pinang pula. cepat-cepat sape nak jumpa ngan Fahrin Ahmad. jangan lepaskan peluang.

p/s/s: pada pihak Shell thanks for the invitation.