.:entry kenangan:perhimpuanan keluarga Hj.Omar:. (moyangku) :.

assalamualaikum pada semua rakan-rakan. lama betul ira tak update blog. sesangatlah busy cuti sem. memang takde masa nak on9. hanya menghabiskan masa bersama keluarga & saudara-mara.

sebelum tirai 2010 tertutup, terajinlah diri untuk menaip. entry kali ni pada ira cukup penting walaupun ianya diadakan pada tiap-tiap tahun. mana taknya. tahun ni yang ira berkesempatan menghadirinya. esok-esok(tahun akan datang) belum tentu dapat join.

perhimpuanan keluarga haji Omar telah dihadiri oleh anak, cucu, cicit, piut & segala macam lagi. memang seronok betol. ramai rupanya sedara ira ni. memang tak kenal pun. huhu. tak tahulah kalau jumpa kat tepi jalan ke, pasaraya ke, kedai ke or kat mana-mana pun mesti tak kenal. yang kenal tu alhamdullilah la. tapi yang sepanjang ira hidup 20 tahun ni hanya 1kali or 2 kali jumpa ni tak taulah boleh cam ke tak.

ucapan tahniah kepada keluarga haji idris selaku tuan rumah pada tahun ini kerana telah berjaya sesangat menguruskan perhimpunan tersebut. cayalah TOK NGAH n famili. tapi jangan lupa tau. cucu-cucu haji Aziz pun tolong tau. lagi-lagi yang pasang kain rentang tu. hehe

anak-anak Hj.Omar yg masih hidup(keluarga induk)


cucu-cucu hj.aziz berkaroke


bersama budak-budak...anak cape pun tak tau...yang penting 1keluarga

keluarga wak sin

keluarga tok wahid

keluarga nyayi usu

keluarga tok ngah


keluarga dari singapura


keluarga haji aziz(keluargaku)..nipun masih ada menantu, cucu & cicit yg tiada de dlm gmbar

haji aziz&isteri bersama anak2


nak perempuan & menantu perempuan haji aziz







oklah. sepanjang tahun 2010 ni banyak betol dugaan yang telah dihadapi. semoga cabaran tahun 2011 dapat ira hadapi dengan tabah.

congrat to all my classmate dengan result yang gempak. alhamdullilah semua lulus dengan cemerlang.

to ayah&ibu terima kasih atas doa, dorongan, sokongan & bermacam-macam yang telah diberikan.

pada si DIA. kita berserah hanya padaNYA. sayang awak.

pada diriku sendiri. teruskan usaha. jangan tinggal solat, rajin mengaji. jangan nakal-nakal. n esok nak keluar cari hadiah untuk diri sendiri.

p/s : rindunya kat si MIMO sayang. dah seminggu tak jumpa.

.:kucing baruku:.

memang sedihkan bila apa yang kita sayang hilang atau pergi dari hidup kita. tapi apa pun hidup mesti diteruskan. berusaha membuat diri gembira. usaha dan terus berusaha. tapi kadang-kadang kita tak sangka apa yang akan berlaku seterusnya adalah lebih baik dan lebih mengembirakan kita.

sekarang dah start cuti untuk sem 5. semua lawan-kawanku pulang ke kampung masing-masing dengan riang & ria. tapi ira pulang dengan sedikit kesedihan sebab kucing ira ( kitty) dah takde lagi kat umah. kawan ibu ira dah amik. suka-suka ati jer amik kucing orang. tapi nak buat macam mana. ianya telah pun berlaku.

tapi dengan tak di sangka-sangka ira dapat kucing baru yang lagi comel & manja. ira bagi nama dia MIMO. comel tak nama dia? hehehe. kucing ni atuk sedara ira yang bagi. sangat-sangat suka. thanks ya atok. so sekarang dah tak sedih lagi sebab dah ada mimo.





p/s : saya sayang kucing saya( sayang kucing orang lain juga) *saya memang sayang kucing

.:Berkubang di Melaka:.


Memang seronokkan bila sekali-sekala keluar ramai-ramai bersama kawan-kawan. Setelah berhempas pulas otak menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikarang oleh lecturer. Hati pun mula rasa lega.

Semalam ira dengan budak-budak kelas berjalan di sekitar Melaka. Plan utama hanya untuk ke A Famosa Water World jer. Tapi alang-alang dah sampai sana jalan-jalanlah ke Bandar hilir berberapa jam. Memang seronoklah. Mane taknye. Gi ramai-ramai. Memang meriahlah. Kat Water World tu walaupun orang memang dah tersedia ramai. Tapi rasanya dengan kehadiran group kami seramai 27 orang ini menambahkan lagi kemeriahan disana. Hahaha. Hilang segala tensen-tensen kat otak. Pada kawan-kawan semua thanks yerrr. Korang memang bestlah. Lain kali kita gi jalan-jalan lagi.





muka takot..hehe

takot lagi





.:Krung Thai:. ~nyum3~

siakap krung thai

dinginnya angin malam. mata seakan tetutup dek kekenyangan. hehehe. adoiiiii. ngantoknye mata. membiarkan bebola mata melihat keadaan sekeliling. ngantok gak. tahan!tahan! jap lagi sampai rumah. memaling kearah belakang. hati bersuara " bestnye korang tido, bangunlah wei!aku pun ngantok gak ni". melalui sg.besi perjalan diteruskan ke bandar tun razak, memasuki taman midah & Alhamdullilah destinasi yang ditunggu-tunggu tiba. Berhentilah kederaan ini di hadapan Prisma Perdana Kondo. kaki melangkah malas keluar dari kereta sambil memikirkan perjalan ke tingkat 6 yang harus ditempuhi dengan menaiki lif. Pintu dikuak munuju kamar beradu. bestnye tido~~~

mata terbuka luas menerima panggilah dari ayah. hilang segala kemalasan. bermulalah kesegaran baru & bersedia mengadap lappy buruk untuk menyusun kata-kata didalam new post sebelum di publish. huhuhu

ok lah semua. nak kongsi cikit ni. dah lama nak kongsi tapi baru hari ni tergerak hati. yang ayat-ayat kat atas tu semua merapu. korang tak yah bacalah. tapi kalu dah baca takpelah..huhu

siapa pernah makan dekat D'Lala seafood???
kalau tak pernah tu try la. lokasinya di sekitar kampung baru berhadapan dengan restoran teratak ikan bakar.

nak cerita cikitlah. dari 1st time ira jejakkan kaki kat restoran tu sehingga sekarang dah berkali-kali ke situ ira tak tahu kenapa dalam menu yang di order mesti ada masakan bernama SIAKAP KRUNG THAI. korang pernah makan tak?????rasanya kat malaysia ni ada 1 jer kedai yang ada. iaitu di restoran yang ira sebutkan tadi. masakan ni memang sangat-sangat sedaplah. ianya berasal dari siam. korang semua try la. memang bestlah. apa yang special sangat sampai namanya krung thai korang kene try lah. nanti korang sendiri akan tahu.

sebelum stop typing nak luahkan keseronokkan masa kt cashier td tiba-tiba di sapa KARTINA AZIZ. terkezzzuuuttttttt betol. masa jumpa tu punyalah kalut sebab tak ingat nama dia. tapi sempat gak snap pic. tunjuk kat kawan-kawan. haaaa. tau dah nama dia. sekarang dah ingat dah nama dia. huhuhu. jangan marah yer auntie Kartina.



berakhirnya zulhijjah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun

maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

.:Natrah:.

Selamat pagi pada semua rakan-rakan & selamat berhujung minggu. Alhamdullilah dah selesai exam final untuk sem 5. Tapi tak boleh nak balik kampong lagi coz 6hb ni ada presentation untuk research proposal. Doakan ira & kawan-kawan berjaya yerr.

Oklah. Ira nak cite cikit. Malam tadi ira di ajak oleh kawan ira gi tengok teater natrah. Hahaha. X sangka ada gak orang ajak. Dari start tayangan pada 25november hr 2 harap sangat dapat gi. Alhamdullilah dapat gak tengok. Thanks kawan.

Cerita natrah ni mengisahkan natrah anak orang belanda yang dibela oleh seorang makcik melayu bernama Aminah. Natrah dibesarkan dalam persekitaran masyarakat melayu dan telah di islamkan. Setelah sekian lama natrah dibesarkan Aminah datanglah ibubapa kandung natrah menuntut natrah dikembalikan. Orang melayu menentang habis-habisan kerana mereka tidak mahu natrah di kristiankan. Siapa yang nak tau cerita selanjutnya. Gil ah tengok. Best tau.

Antara artis yang terlibat ialah Maya Karin, Liyana Jasmin, Sofea Jane, Aeron Aziz, Remy Ishak, Umie Aida & ramai lagi. Tiket sampai 5hb disember telah pun habis dijual. Atas permintaan ramai, teater ini akan dipanjangkan sehingga 7hb disember. Rugi tak tengok. Cepat gi tempah tiket.


P/S : luck 2 kawan2 yg akan present research esok..chaiyok2!