salam pada semua. hari ni tetiba tergerak hati nak tulis entry pasal kanak-kanak yang bernasib malang. Ya Allah! Kasihanilah mereka ini. semoga mereka ini menjadi anak yang soleh dan solehah. kanak-kanak yang ira maksudkan bernasib malang ini ialah kanak-kanak yang telah ira jaga sepanjang ira posting di wad kanak-kanak. mereka dari rumah kebajikan Tengku Budriah. memang sedih kalau tengok keadaan diorang. tiada ibu dan bapa. macam mana agaknya kehidupan mereka kan. tinggal beramai-ramai dalam satu tempat yang hanya mempunyai beberapa orang penjaga. tapi bila di hospital rasanya keadaan mereka lebih baik berbanding di rumah kebajikan tersebut sebab kalau kat hospital ada nurse yang akan menjaga diorang.
bangun tidur ada orang mandikan, beri susu, suap makan, layan diorang bermain, tukar pampers n macam-macam lagilah. tapi kalau kat rumah tengku budriah tu belum tentu diorang dapat keselesaan macam 2 sebab bayangkanlah beratus-ratus bayi n kanak-kanak tetapi hanya beberapa orang penjaga. macam manalah kan. nak suap makan, nak mandikan, nak tukar pampers. tak tertangan rasenye.
sedihnya lihat keadaan diorang yang tidak beribu dan berayah bukan kerana kematian tetapi kerana sikap ibu bapa mereka yang tidak bertanggungjawab. kebanyakkan mereka di temui di tepi jalan, di dalam tong sampah, bawah jambatan, tepi sungai, depan pintu rumah(kira ok lah). ada ke patut perangai diorang macam tu. tak kesian ke kat anak. pandai buat pandai tanggunglah. klu yerlah tak nak anak tu bagilah cara elok kt orang lain. ni letak sepah-sepah. untunglah kalau bayi tu masih hidup dapat tengok dunia. kalau mati memang kesian. siapa nak tanggungjawab.
masa jaga diorang ni memang sedih sebab diorang sentiasa nak di dukung. tak macam anak-anak orang lain yang hanya mahu du dukung oleh ibu or ayah diorang jer. tapi kanak-kanak dari rumah kebajikan ni nampak orang semua dia nak minta dukung. yelah, tak cukup kasih sayang. kalau nak tahu perkembangan n tumbesaran diorang ni pun lambat sedikit dari kanak-kanak normal. mungkin sebab kurang dapat perhatian n kasih sayang.
sangat seronok jaga diorang. bila diorang bangun jer bagi diorang makan, makan ubat, bagi susu pastu mandikan diorang. kasi diorang wangi-wangi, pakai baju comel-comel. memang seronok lah. main dengan diorang. dengar diorang gelak. best sangat-sangat. rindunya kat diorang. sayang fidaus, sayang adriana, sayang dila, sayang fatin. semoga diorang cepat sembuh n ada orang yang nak ambil mereka jadi anak angkat.AMIN
ni dila farhana...comelkan...dia ni dah ada mak angkat...=)
ni adriana...besarnyeee mata...dia ni macam ada kacuk cina cikit
ni fatin liyana...umur die dah 2tahun...tp macam bape bulan jer...badan kecik...perkembangan pun lambat...cian die
***********************************************
firdaus, umur die baru 7bulan...comelkan...ira sayang sangat2 kat die ni...insyaAllah kalau xde pape dia akan pembedahan untuk repair lip n palate die pada 24/11 ni...nanti makin comellah die..hehe
sayangnyeeee kat diorang. mungkin kanak-kanak inilah untuk mereka yang tiada zuriat
No comments:
Post a Comment