Hilang tv9 gabungkan Rozita Che wan & Ayu Raudhah

drama-hilang-1 Drama Hilang dalam slot Ratu di tv9 akan mula ditayangkan mulai 5 Julai 2011 (hari ini)  jam 8.30 malam iaitu pada setiap isnin dan selasa. drama dibintangi hero hensem Zul Ariffin, pasangan adik beradik Ayu Raudhah dan Rozita Che WAn dan juga budak comel ni Mia Sarah Nasuha.

Sinopsis cerita:

Salina akhirnya mengandung dan ini memberi berita gembira untuk seluruh ahli keluarganya namun tidak bagi Malina yang mempunyai perasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina mencecah 7 bulan, Salina terbabit di dalam satu kemalangan selepas pulang dari bersiar-siar bersama Azrul. Akibat kemalangan  tersebut, Salina hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan ke dalam wad mental….

jom layan OST ni

Produksi/Terbitan : Pena Creative Pictures Sdn Bhd. (Puan Hajjah Ziela Jalil)

….Peristiwa ini memberi tekanan kepada Azrul. Namun Azrul bernasib baik mempunyai Fauziah, ibu mertuanya dan juga Salimah yang sanggup membantunya menguruskan anaknya yang "kehilangan" ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina (Mia Sara) anak kakaknya itu. Fauziah menyuarakan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul. Salimah yang sudah mempunyai teman lelaki, terpaksa mengorbankan cintanya demi kakak tersayang. Tindakan Salimah ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahanya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak berjaya.

Ingatan Salina akhirnya pulih. Ini memberi perkhabaran gembira buat seluruh anggota keluarganya. Namun, pada masa yang sama mereka bimbang kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.

Apa yang akan berlaku seterusnya? Jom kita layan. ZazzzzZZZ

p/s: nak tengok sebab ade pakwe encem berlakon..hahaha gatai :)

sumber dari sini

7 comments:

Encik JI said...

wah. best ni :p

mas saari said...

tgh layan cerita ni skrg!
nak tgk adik mia yg comel je..

~iera kan~ said...

Encik JI: best2 :)

~iera kan~ said...

kak mas: ira pn nak tgk mia ngan zul arifin tu...encem..kekeke

Syazwan said...

maigadd. dua-dua tu sekali dalam satu drama??

:O

~iera kan~ said...

wan : yup..dua2 blakon dlm 1 drama

Anonymous said...

Suka sangat drama ni..kalau tayangkan kat TV3 mesti meletop