kejayaan setimpal apa yang diusahakan


setelah 3minggu ira tidak mengupdate blog disebabkan kesibukkan exam-exam final dan akhirnya lega apabila result diumumkan pagi tadi. Alhamdullilah lulus untuk peperiksaan ikhtisas dan ia telah melayakkan diri ira untuk mengambil peperiksaan lembaga jururawat malaysia(LJM) pada 15jun ni. Alhamdullilah apa yang telah diusahakan tidak sia-sia. hope masa 2minggu yang ada sebelum menduduki LJM akan ira gunakan sebaik mungkin. doakan ira yer

.:selamat hari jururawat:.


tanggal 12 mei merupakan hari jururawat sedunia. tarikh ini sama dengah tarikh lahir Florence Nightingale iaitu pada 12 mei 1820.

walaupun hari ni hari jururawat, nurse tak dapat cuti pun sebab kalau cuti abis lah pesakit kat wad takde orang jaga. tengok tu. bekerja tanpa mengira masa. cuti am ke. cuti hari pekerja pun tak dapat cuti. huhu. takpe-takpe. yang penting lakukan tugas anda dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

kepada semua jururawat, Selamat Menyambut Hari Jururawat. moga hari ini menjadi hari untuk memperbaharui azam dan memperteguhkan tekad untuk menyumbang kepada pesakit juga kepada pembangunan negara.

Selamat Hari Jururawat!

p/s: majulah jururawat untuk negara

.:khas buat mereka:.


salam 1 malaysia. hari ni aku nak join segmen dari abang Ben Ashaari yang bertajuk "khas buat mereka yang berprofesion JURU". walaupun aku belum betul-betul menjadi seorang jururawat aku tetap nak join segment ni. takpe kan abang Ben.

kerjaya jururawat ni kalau nak suruh aku cerita memang panjang. tak larat pula orang nak baca. secara ringkasnya ianya memang satu profesion yang hebat. kenapa?
  1. bukan mudah nak jadi jururawat. kene ada at least 3tahun pembelajaran. tu pun bukan senang sebab macam-macam kene belajar. anatomi & fisiologi manusia, penyakit dalam setiap sistem yang ada pada manusia, ubat-ubatan dan macam-macam lagi. FENINGGG
  2. bekerja dengan nyawa manusia. kalau silap sikit risiko seorang pesakit mati. so, kat situ dah nampak jururawat ni satu bidang yang bukanlah mudah.
  3. orang yang rapat dengan pesakit. menjaga pesakit dari A to Z. head to toe. makan, minum, kebersihan, mandi(untuk pesakit yang tidak mampu buat sendiri), bagi ubat, cuci luka dan macam-macam lagi.
  4. kesabaran yang tinggi. ni paling penting. nak jadi jururawat memang perlu banyak sabar. bukan sahaja sabar melayani kerena pesakit yang berbagai. tapi juga kene tahan melayan kerena doktor yang bermaca-macam perangai. bukan buat kerja dengan robot. huhu
  5. ikhlas. nak jadi nurse ni kenelah ikhlas baru rasa seronok. yelah setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan. kalau kita ikhlas buat sesuatu insyaAllah pulangannya pun baik kat diri kita.
  6. senyum. kalau marah, geram, bengang, sakit hati muka maintain senyum gak. hahaha. susah tau tak nak senyum jer bila tengah marah. korang try la.
  7. senang dapat pahala senang dapat dosa.
sebenarnya banyak lagi nak cerita. tapi tu dah cukup kot. cuma nak bagitau masyarakat kat luar sana janganlah pandang rendah dekat jururawat yer. memang dah jadi stigma masyarakat sejak dari dulu jururawat ni dipandang rendah sebab mungkin banyak cerita pasal kemusnahan akhlak atau masalah sosial dan pada zaman dulu sesapa pun boleh jadi jururawat & tidak memerlukan kelulusan yang tinggi. tak macam sekarang kene ada basic sains baru leh apply diploma in nursing. pada aku tak patot pandangan tu diteruskan sehingga sekarang.

kenangan manis & pahit tu memang banyak. dan aku malas nak cite sebab nanti meleret-leret. cuma ucapan terima kasih dari seorang pesakit itu sangatlah manis dikenang kerana aku rasa dihargai bila pesakit aku cakap camtu.

p/s: walaupun aku tak jadi jururawat lagi aku still nak join segmen ni sebab lagi beberapa bulan insyaAllah aku akan jadi staffnurse. sekarang tengah exam. insyaAllah kalau lulus exam ni aku boleh duduki exam lembaga jururawat malaysia untuk melayakkan diri aku menjadi seorang jrurawat. korang semua doakan aku yer.

p/s/s: thanks pada adik yana yang tag nama aku untuk join segmen dari abang Ben ni. ikotkan memang tengah malas nak update blog sepanjang study week ni.