
oklah. sepanjang tahun 2010 ni banyak betol dugaan yang telah dihadapi. semoga cabaran tahun 2011 dapat ira hadapi dengan tabah.

Memang seronokkan bila sekali-sekala  keluar  ramai-ramai bersama kawan-kawan. Setelah berhempas pulas otak menjawab  pertanyaan-pertanyaan yang dikarang oleh lecturer. Hati pun mula rasa  lega.
Semalam ira dengan budak-budak kelas berjalan di sekitar Melaka. Plan utama hanya untuk ke A Famosa Water World jer. Tapi alang-alang dah sampai sana jalan-jalanlah ke Bandar hilir berberapa jam. Memang seronoklah. Mane taknye. Gi ramai-ramai. Memang meriahlah. Kat Water World tu walaupun orang memang dah tersedia ramai. Tapi rasanya dengan kehadiran group kami seramai 27 orang ini menambahkan lagi kemeriahan disana. Hahaha. Hilang segala tensen-tensen kat otak. Pada kawan-kawan semua thanks yerrr. Korang memang bestlah. Lain kali kita gi jalan-jalan lagi.
siakap krung thai
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.  Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
  maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Selamat pagi pada semua rakan-rakan  &  selamat berhujung minggu. Alhamdullilah dah selesai exam final untuk  sem 5. Tapi tak boleh nak balik kampong lagi coz 6hb ni ada presentation  untuk research proposal. Doakan ira & kawan-kawan berjaya yerr. Oklah. Ira nak cite cikit. Malam tadi ira di ajak oleh kawan ira gi tengok teater natrah. Hahaha. X sangka ada gak orang ajak. Dari start tayangan pada 25november hr 2 harap sangat dapat gi. Alhamdullilah dapat gak tengok. Thanks kawan.
Cerita  natrah ni mengisahkan natrah anak orang belanda yang dibela oleh  seorang makcik melayu bernama Aminah. Natrah dibesarkan dalam  persekitaran masyarakat melayu dan telah di islamkan. Setelah sekian  lama natrah dibesarkan Aminah datanglah ibubapa kandung natrah menuntut  natrah dikembalikan. Orang melayu menentang habis-habisan kerana mereka  tidak mahu natrah di kristiankan. Siapa yang nak tau cerita selanjutnya.  Gil ah tengok. Best tau.
Antara artis yang terlibat ialah Maya Karin, Liyana Jasmin, Sofea Jane, Aeron Aziz, Remy Ishak, Umie Aida & ramai lagi. Tiket sampai 5hb disember telah pun habis dijual. Atas permintaan ramai, teater ini akan dipanjangkan sehingga 7hb disember. Rugi tak tengok. Cepat gi tempah tiket.
