.:menang contest teka novel:.

thanks to blog norleladasuki.blogspot.com. tak sangka ira menang contest teka novel . kalau korang semua nak tahu sepanjang ira masuk contest ni lah 1st time ira menang. happy sesangat. walaupun hanya dapat tempat ketiga. tengok ni.


haha. ira dapat hadiah credit percuma RM10. tak dapat novel pun takpe la. dapat credit free pun ok gak. nak call sape yerk? nak call pakwe takde lak. ibu ngan ayah dah call tadi. eerrrmmmmmm. sape nak ira call? takpelah. kalau takde call sesape simpan jer la kan.

.:entry kenangan:hilangnya seorang linsan bernama Mak Ta:.

9.48malam.

aku terima panggilan dari papa

papa: assalamualaikum
aku: wa'alaikumsalam
papa: kakak buat ape tu
aku: takde buat ape. tengok TV
papa: papa, nak bagi tau ni
aku: pe die?
papa: kak, Mak Ta accident
aku : bila
papa: baru tadi. sekarang kat hospital.
aku: teruk ker?
papa: teruk. nak kene hantar ke hospital besar JB.
aku: ok. pape nanti bagi tau. insyaAllah esok abis kelas kakak balik.

9.55malam
terima panggilan dari ibu

ibu: kak, Mak Ta dah takde. pukul 9.50 tadi
aku: innalillahiwainnailaihirojiun *terus aku letak fon

Ya Allah. aku kehilangan lagi orang yang aku sayang. hanya kau yang tahu apa perasaan aku sekarang. tabahkanlah hambamu ini.

To Mak Ta:
kau insan yang mulia. kebaikanmu takkan pernah aku lupa. kau banyak memberi nasihat pada diri ini. kau selalu menghiburkan hati. kau sering mengenyangkan perut ini. padaku kau seorang mak cik yang sangat sayangkan anak buahnya. kau seorang yang selalu mengambil berat tentang semua orang. kau seorang yang gigih dalam menjalani dugaan. Tuhan lebih sayangkan kau. kau pergi ketika anak-anakmu memerlukanmu. ketika anak-anakmu memerlukan kasih sayangmu. apakah nasib anak-anakmu. aku sedih mengenangkan semua ini. walaupun aku hanya anak buahmu. namun padaku kau seorang ibu yang sangat penyayang, yang sangat bertanggungjawab, yang sangat prihatin. kau anggap diri ini seperti anakmu sendiri. semoga kau aman disana. semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. sampaikan salam kak yong kat arwah Mak Tok, arwah Tok Ba, arwah Pak Ngah, arwah Mak Jah ngan arwah Cik Aman yer. kak yong rindu sangat kat diorang semua. pesan kat diorang datanglah melawat kami semua. walaupun kami tak nampak. semoga suatu hari nanti kita semua akan bertemu semula. AMIN

ikhlas dari anak buahmu:
kak yong

Al-Fatihah untuk roh arwah.

raya bersama arwah

p/s : semoga arwah ditembatkan bersama orang-orang yang beriman.

.:aku tiada seni???:.

selamat malam semua.

wahhhhhhhh. malam ini sangatlah bosan. sedang duduk di meja study(walaupun tak study) memikirkan apa yang patutu di buat pada saat kebosanan. tetiba kawan masuk bilik "wei ira, aku dapat kertas ni, ko nak tak". aku pun segera memandang ke arah kawan aku. "nak buat ape tu,bosan la wei". kawanku pun menjawab" bosan studylah". balasku "bak sini kertas tu". aku memulakan aktiviti dengan menyelongkar laci mejaku. heiiiiiiiii, mana pula aku letak. pinjam kawanlah camni.

setelah lengkap berada diatas mejaku iaitu sehelai kertas dan barang yang aku cari tadi. aku pun mula melakukan aktiviti itu. 10minit. ciap dah. ehhhh, kejapnye. tak cantiklah. aku pun flashback balik. mase sekolah dulu aku ni memang takde seni. tak pernah menang pun pertandingan. lantaklahhhh. ade aku kesah.

inilah hasil kerja aku selama 10minit.

sebelum:


selepas 10minit:


giler burok. pehhhhhh, budak sekolah tadika buat lagi cantik lah wei. haha. ade aku kesah. suke ati akulah. tengok tu gading gajah tu. kenapa warna merah?bairlah. kalau aku nak letak warna biru ke, hijau ke, oren ke, suke hatilah. tangan aku yang mewarna. haha. itulah seni yang aku ade kot. ingat korang jer ke ade seni. aku memang suke camtu. kalau boleh memang aku nak warna badan gajah tu macam warna pelangi. tapi aku takde seni nak buat camtu.

p/s : sesapa yang ade pandai mewarna tu jangan kutok aku ea.