.:entry kenangan:hilangnya seorang linsan bernama Mak Ta:.

9.48malam.

aku terima panggilan dari papa

papa: assalamualaikum
aku: wa'alaikumsalam
papa: kakak buat ape tu
aku: takde buat ape. tengok TV
papa: papa, nak bagi tau ni
aku: pe die?
papa: kak, Mak Ta accident
aku : bila
papa: baru tadi. sekarang kat hospital.
aku: teruk ker?
papa: teruk. nak kene hantar ke hospital besar JB.
aku: ok. pape nanti bagi tau. insyaAllah esok abis kelas kakak balik.

9.55malam
terima panggilan dari ibu

ibu: kak, Mak Ta dah takde. pukul 9.50 tadi
aku: innalillahiwainnailaihirojiun *terus aku letak fon

Ya Allah. aku kehilangan lagi orang yang aku sayang. hanya kau yang tahu apa perasaan aku sekarang. tabahkanlah hambamu ini.

To Mak Ta:
kau insan yang mulia. kebaikanmu takkan pernah aku lupa. kau banyak memberi nasihat pada diri ini. kau selalu menghiburkan hati. kau sering mengenyangkan perut ini. padaku kau seorang mak cik yang sangat sayangkan anak buahnya. kau seorang yang selalu mengambil berat tentang semua orang. kau seorang yang gigih dalam menjalani dugaan. Tuhan lebih sayangkan kau. kau pergi ketika anak-anakmu memerlukanmu. ketika anak-anakmu memerlukan kasih sayangmu. apakah nasib anak-anakmu. aku sedih mengenangkan semua ini. walaupun aku hanya anak buahmu. namun padaku kau seorang ibu yang sangat penyayang, yang sangat bertanggungjawab, yang sangat prihatin. kau anggap diri ini seperti anakmu sendiri. semoga kau aman disana. semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. sampaikan salam kak yong kat arwah Mak Tok, arwah Tok Ba, arwah Pak Ngah, arwah Mak Jah ngan arwah Cik Aman yer. kak yong rindu sangat kat diorang semua. pesan kat diorang datanglah melawat kami semua. walaupun kami tak nampak. semoga suatu hari nanti kita semua akan bertemu semula. AMIN

ikhlas dari anak buahmu:
kak yong

Al-Fatihah untuk roh arwah.

raya bersama arwah

p/s : semoga arwah ditembatkan bersama orang-orang yang beriman.

7 comments:

Hafizaradi said...

Ingat semua yg hidup akan menemuai kematian....redha pemergian dier....Doakan dia berada disisi org2 yg beriman....

forever love said...

innalillah...

semoga arwah ditempatkan ditempat org yang beriman...semoga rohnya aman disana...

takziah utk keluarga awk

PeNgEmiS dUniA said...

innalillah . takziah ye iera , saba ye

~iera nazirah~ said...

kak fiza : betol tu...insyaAllah

~iera nazirah~ said...

FL: terima kasih yer

PD : tq PD..rindu kau..haha

Anonymous said...

semoga awak tabah...jgn sedih2 yerr

~iera nazirah~ said...

tq cik anon