.:why we choose this way/path:.


salam semua. hari ni ira nak share cikit. tadi ira ade join 1 usrah yang bertajuk "we choose this way". oklah. banyak input yang ira dapat dan hope it will be helpful in everyday life dalam mencari keredhaan Allah.

dia bertanya, jalan apa yang kita pilih dalam kehidupan?which way?dan mengapa kita memilih jalan tu?tanyalah diri anda mengapa anda memilih sesuatu itu. adakah jalan lurus?adakah jalan senget-benget? adakah untuk kepentingan diri semata-mata? adakah ianya mencari duniawi semata? adakah kerana tanggungjawab anda melakukannya? adakah kerana paksaan?adakah itu jalan yang akan membawa anda ke jalan yang lurus dan diredhai?anda sendiri boleh memikirkan itu. contoh ira sebagai seorang pelajar kejururawatan. mengapa ira memilih jururawat sebagai kerjaya ira?adakah kerana minat? peluang pekerjaan? paksaan? adakah kerjaya ini yang menentukan masa depan? atau adakah mengikut kata orang? ia tidak tertumpau hanya pada pekerjaan semata. contoh lain. kenapa kamu berkawan dengan dia? adakah dia memberi faedah kepada kamu? kenapa kamu membaca? adakah bacaan itu memberi ilmu kepada kamu?

keputusan itu terletak pada seseorang itu sendiri? adakah korang memilih seseuatu itu kerana majoriti? kalau ikut majoriti adakah perkara itu benar?

"Dan jika engkau menurut kebanyakkan orang yang ada dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan-sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah SWT). " Surah al-An'am:ayat 116
ayat di atas menunjukkan tidak semestinya suara majoriti itu adalah betul. kita harus memandang apa yang baik atau tidak mengikut syarak. so, kalau nak buat keputusan tu jangan ikut orang lain. fikirkan keputusan yang sebaiknya.

antara kata-kata yang ira tertarik dalam usrah tadi:
  • janganlah kamu remehkan sesuatu kebaikan walaupun kecil
  • 1 perkara yang kita ringankan beban seorang manusia, Allah akan senangkan 1 beban kita di padang Mahsyar
  • sebesar kesibukkanmu kerana Allah, sebesar itu orang sibukkan untuk anda
  • setiap apa yang kita lakukan perlu fikirkan syurga neraka
  • setiap piliha ada konsekuensinya
p/s: sedikit info yang dapat ira share kat korang
p/s: pentingnya ilmu supaya kita baik buruk setiap apa yang kita lakukan.

9 comments:

Anonymous said...

bestnya gi usrah. usrah kat mana?

~iera nazirah~ said...

usrah kt kolej

delarocha said...

info yg bagus untuk dikongsi, terima kasih

~iera nazirah~ said...

sama2

Anonymous said...

best...choose the right path..in our life..think of tomorrow's destiny to change what happened today

~iera nazirah~ said...

mcm kenallah ayat di atas

Nor Suhaiza said...

dtg dr blog puteri katek...
nnti lth shoutbox yer..sng nk tgl jejak...
:)
jom dtg blog saya..:)

~iera nazirah~ said...

tq kerana menyinggah...dah buang shoutbox..sorry

Anonymous said...

kenal ayat mesti kenal orangnya