.:aku di sem akhir - dari ibu lahirnya seorang bayi:.


sebelum ira start modul baru ira nak kongsikan sedikit pengalaman dan apa yang ira dapat dalam modul obstetrik and ginekologi(O&G). dalam modul ni ira belajar tentang ibu hamil sehingga melahirkan dan juga tentang sakit puan/ penyakit pada sistem reproduktif wanita. memang sangatlah berkaitrapat dengan ira kerana ira kan perempuan. banyak yang ira dapat semasa modul ni.

serius best sangat modul ni. apa yang ira dapat harap dapat digunakan dalam kehidupan ira seharian dan dapat membantu masyarakat sekeliling. ok apa yang ira nak share kat sini hope sedikit sebanyak dapat memberi maklumat pada korang diluar sana. sebenarnya banyak nak yang nak share apa yang ira belajar. tapi ni ira nak share pengalaman ira jer yang harap membuka mata korang sebagai seorang anak.
  1. semua orang cakap seorang ibu bertarung dengan nyawa ketika melahirkan seorang bayi. korang faham tak maksud sebenar ayat tu? semasa mehirkan seorang bayi seorang ibu akan berusaha menggunakan sepenuh tenaga untuk mengeluarkan seorang bayi dengan meneran. korang tau tak, bukan senang tau nak keluarkan seorang manusia/ bayi dari lubang rahim yang sempit tu. cuba korang tengok kepala baby, besarkan. hebatya kuasa Allah. semasa melahirkan ibu berhadapan mungkin risiko seperti pendarahan yang banyak, penyumbatan air ketuban pada salur darah, pegumpalan darah beku yang boleh menyebabkan kematian. bahayakan. walaupun ibu melahirkan cukup bulan dan tiada komplikasi tidak bermakna ibu tidak bertarung dengan nyawa ya. pengorbanan ibu itu sangat besar.
  2. 1st day ira masuk labor room/ bilik bersalin sangatlah terkejut sebab jeritan-jeritan yang kuat dari bilik ibu yang sedang bersalin. 1st time tengok memang tak sanggup. rasa nak nangis masa tu tengok ibu tu menahan kesakitan yang teramat sangat. tapi bila tengok suami si ibu nangis mungkin mingkin gembira sebab mendapat cahaya mata ira pun nangis. adoiii. malu betul kene gelakkan dengan staffnurse kat situ. biasalah 1st time tengok. takde experient sebelum ni. kalau korang lak camne? tengok ibu korang sedang menahan kesakitan mesti korang sedihkan. walaupun yang ira tengok tu buka ibu ira, ira dapat bayang camne susahnya ibu ira melahirkan ira dulu.
  3. kalau tengok muka baby yang baru lahir ni memang sayu jer hati. kalau siapa yang tengah marah tu tengok memang sejuk terus hati. tengok muka baby pun rasa nak nangis. 1st ayat ira keluar masa tengok baby tu ialah tahniah awak dapat melihat dunia dan kakak yang comel ni. kekeke. betullah yang dikatakan bayi ni adalah salah satu keajaiban dunia.
  4. untuk pengetahuan korang semasa melahirkan ibu melahirkan 2 kali iaitu bayi dan uri/plasenta. ramai yang tak tahu kan. selepas bersusah payah melahirkan seorang bayi, uri/plansenta pula yang akan di keluarkan.
  5. semasa ibu sedang melahirkan suami sangatlah penting memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada isteri. jangan duk diam jer lak masa isteri sedang sakit melahirkan. bantulah isteri dengan bagi kata-kata semangat. macam ira tengok seorang suami tu siap kipaskan isteri lagi masa isteri sedang meneran walaupun bilik bersalin tu ada air cond. sweet betul. camtulah kalau sayang bini. ni ada yang ira tengok diam jer kat sebelah. macam takde perasaaan lak. oiiittt. isteri kau tengah sakit tu. kau buat tak tahu jer. geram tol tengok. so bakal-bakal suami kat luar tu sila ambil tahu yer. sokongan kamu sangat penting.
tu jer pengalaman yang ira dapat kongsikan. kalau korang nak ira share apa yang ira belajar dalam modul ni bagi tau ok. antaranya:
  • contraception( pencegah kehamilan)
  • waktu subur
  • tanda-tanda bersalin
  • penjagaan selepas bersalin
  • kebaikan susu ibu
  • penyakit semasa hamil
  • penyakit kelamin
  • penyakit sistem reproduktif
kalau korang naklah. kalau tak nak tak pe.

p/s: hargailah pengorbanan seorang ibu

6 comments:

tikuzza said...

bayi ni memang special...kejadian dier pon memang menakjubkan...anyway da follow awk!

Entri Terkini : Rahsia Di Sebalik Si Kecil Ceri

~iera kan~ said...

betul tu...mmg ajaib :)

myravea said...

myra datang serbuu blog cumil ni *wink* nice header u have dear! :) shukeee

KyêrulL said...

http://kaif-amb.blogspot.com/2011/03/goieragoblogspotcom-8.html

blog anda sudah di review ^.^

cEmpAkA BirU said...

Proses kelahiran memang sangat hebat kan...teringin nak rasa sendiri kesakitan tersebut..

~iera kan~ said...

myra: tq dear

kyerull: tq 4 review

cempaka biru: betul 2...mmg hebat