.:SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA:.

salam 1malaysia. hari ni nak join segmen dari abang Ben. ni merupakan kali pertama aku join segmen dari blog Ben Ashaari. sape nak join klik sini.

menjawab soalan dari Abang Ben

LELAKI pilihan anda ?
  • lelaki pilihan aku. kalau tanya aku, aku ni memang memilih sangat. haha. oklah. sebenarnya aku tak kesah pun lelaki camne. cukup lelaki itu boleh mendidik, bertanggungjawab dan jujur its enough. kalau boleh dapat yang penyayang lagi aku nak. tapi yang paling penting hormat keluarga aku terutama ibu dan ayah aku. kalau soal rupa tu aku tak memilih sangat. sedap mata memandang ok dah. tapi kalau bolehlah nak yang berkumis cikit. nampak sweet. hehe.
Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
  • bagi aku istilah seksi pada lelaki terlalu subjektif. memang susah nak describe kekseksian seorang lelaki ni. pada aku lelaki tu seksi bila dia sedang berusaha melakukan sesuatu kerja. lagi suka kalau tengok seorang lelaki sedang bermain dengan budak or baby. seksi ke?tu pada kaca mata aku. lelaki seksi kalau kulit dia sawo matang, kalau putih tak seksi. haha
LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
  • memang biasa kita dengar lelaki ni sanggup berkorban demi cinta. ada yang sanggup terjun bangunanlah, gantung diri dan macam-macam. tu memang kerja gila. biasalah lelaki sebelum dapat macam-macam sanggup buat tapi bila dah dapat buat tak tau jer. cintalah sangat. bagi aku tak salah berkorban demi cinta asalkan tidak lupa cinta pada Allah, pada Rasulullah dan ibubapa.
Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
  • kalau kita tanya wanita-wanita kat Malaysia ni, ehhhhhhh kita buka luas cikit. kat dunia ni lah kan. 99% pasti akan menjawab tidak pada hidup bermadu termasuklah aku. tapi kalau dah ketentuanNya untuk aku hidup bermadu, aku redha. jodohkan ditangan Tuhan. kita tak tahu apa akan berlaku pada esok hari.
Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
  • kalau aku tahu si dia ada orang lain aku tinggal jer kot. watpe nak buang masa selidik or tarik rambut(biasalah perempuan kalau gadoh). tu kalau belum berkahwinlah sebab tak kahwin lagi dah nampak belang. kalau kahwin gak memang cari nahaslah. haha. tapi kalau dah kahwin dan si dia mempunyai teman wanita lain aku akan siasat dulu dah cuba untuk mempertahankan rumahtangga aku. tak nak jadi janda.
LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
  • entahlah. aku pun tak tahu nak cakap. sebab zaman sekarang ni lelaki ke perempuan sama jer. masing-masing nak mempertahankan kaum sendiri. aku sebangai seorang perempuan pun nak mempertahankan kaum aku iaitu kaum wanita. so jawapan aku lelaki kot mudah berlaku curang.
SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
  • ni pun aku tak tahu sebab macam aku cakap tadi. lelaki dan perempuan sama jer. terpulang pada individu itu sendiri. kat sini pun aku nak pertahankan kaum aku gak. dan jawapan aku mestilah perempuan lebih setia. buktinya dato K kahwin 2kali. baru cerai dah kahwin ngan Siti.
Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
  • sudah semestinya ya. biasalah cemburu. setiap manusia memang dah dikurniakan dengan sifat cemburu. its normal. siapa yang takde sifat cemburu tu aku tak taulah dia spesis ape. tapi nak cemburu biarlah bertempat.

p/s: jawapan diatas adalah dari aku sebagai seorang wanita. hanya pendapat aku semata.

13 comments:

Fakhrul1409 said...

wahhhh! jiwang lagi..hehehe

iqin said...

nice answer,,

:)





www.storymoryiqin.blogspot.com

~iera nazirah~ said...

fakhrul: siapakah yg jiwang itu

iqin: tq

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 segmen ben ashaari soal cinta;)

soal apisv2

~iera nazirah~ said...

terima kasih kerana berkunjung

Fuuyooh said...

salam dan selamat pagi
jom baca:

http://fuyohblog.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-tuhan-trafik.html

Zalin said...

nice pandangan kamu..

NiSha said...

hye.. salam santai
dari blog AbG Ben ..

http://heandsheloves.blogspot.com
>NiSha<

Clara said...

kulit sawo matang cmne?
sllu dgr but tak bpe pasti..

http://cerytara.blogspot.com/2011/01/9-perkataan-yang-perlu-lelaki-waspada.html

fyna said...

waaaaa...join e segmen abg ben?fyna tak sempat...

solo molo said...

macam-macam jawapan ada...
ser0nok baca...



salam ziarah dari segmen s0al hati En Ben...

aida4eva said...

cinta itu subjektif kan :)

http://aida4eva.blogspot.com

~iera nazirah~ said...

zalin : tq

nisha: salam santai juga

clara: nk describe cmne yer...kulit org melayu..xputih xhitam

fyna: xpe..lain kali blh join

solomolo: terima kasih

aida: yup..mmg subjektif