.:Curang, Asam Garam Kehidupan:.


selamat malam semua. malam ni nak join 1lagi segmen dari bro framestone. bagi orang macam aku yang memang otak karat takde idea nak buat blog memang sesuailah join segmen. at least ade cikit pelincir kat otak ni. ok, back to main. tajuk segmen kali ni ialah "Curang, Asam Garam Kehidupan". creadit to nurelle.

nak cerita pasal curang ni aku bukan tahu sangat pun sebab aku ni tak banyak pengalaman bercinta. tapi disebabkan aku ni seorang pendengar cerita atau tempat orang meluahkan isi hati dapatlah cikit pengalaman.

pada aku, curang tu memang biasa kita dengar. kalau la cakap kat paper tu rasanya dalam 1hari hari ada 2,3 cerita yang terpampang. tu baru yang kat akhbar belum tengok kat dunia realiti yang penuh konspirasi ni. bagi pasangan yang belum berkahwin tu aku nasihatkan korang tinggal jer pasangan korang tu kalu dia berlaku curang. kenapa aku cakap camtu???sebabnya kalau masa bercinta pun dah curang nanti dah kahwin camne?sanggupkah anda diperlakukan bergitu?lu pikirlah sendiri.

sebab apa sesorang itu curang?
  1. bagi aku sebab dia bukan seorang yang setia. haha. yelah kalau dah curang tu tak setialah kan.
  2. sebab hobi seseorang itu yang suka didampingi ramai wanita/lelaki. nak buat camne kan dah hobi dia camtu.
  3. dia rasa dia hensem/ cantik sangat. padahal muka macam pondok tak siap.
  4. kesunyian sebab pasangan terlalu sibuk. ni pun 1. fahamlah cikit orang sibuk cari duit nak bagi kesenangan. kang bagi makan pasir baru tau.
  5. kene kahwin paksa. mak ayah suh kahwin, kene plak tu musuh kita. hahaha. nasib badan.
  6. yang ni ayat dari bro. "pasangan tidak seperti yang diharapkan". ni memang betullah. tulah janganlah demand sangat. cuba untuk terima pasangan kita seadanya.
  7. bosan. biasalah manusia cepat bosan. bila dah bosan carilah yang lain.
  8. lagi 1 yang biasa terjadi zaman sekarang. gara-gara facebook seseorang itu boleh berlaku curang.
oklah tu jer yang boleh difikirkan oleh otakku yang karat ni. sekian.

6 comments:

Anonymous said...

saya setia

delarocha said...

ada juga lelaki yg memang sengaja nak curang walaupun isteri dah bagi cukup segalanya... suka suka katanya

~iera nazirah~ said...

delarocha: biaselah...manusia ni bermacam-macam jnis

Bro Framestone said...

no 2 tue cam terkena kat bro je

Encik Psychopath said...

nak delete facebook la.

~iera nazirah~ said...

bro: hahaha...tau xpe...bro bt pengakuan

en.psychopath: hehehe...x smestinya kene delete FB..