.:adakah perlu ke luar negara:.

selamat pagi Malaysian.

oklah. hari ni rasa nak bagi pendapat ira sendiri sebagi seorang rakyat Malaysia. Malaysia seperti yang kita semua tahu merupakan negara contoh yang baik kepada dunia tentang hidupnya yang aman dan harmoni walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum, berlainan agama dan budaya. betul tak?

betul tak kalau ira cakap kat Malaysia ni lengkap. ira just nak cakap tentang peluang pekerjaan dan pendidikan sebab ramaikan pelajar di Malaysia ni yang menuntut di negara luar.

dari segi peluang pekerjaan, sekarang ni memang ramai kita tengok rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara. kenapakah? adakah disebabkan gaji? macam ira, ira akan menjadi seorang jururawat dalam 3 bulan lagi. insyaAllah kalau takde apa-apa halangan. ramai bagi pendapat suruh kerja ira kerja kat Arab sebab gaji tinggi. tapi pada pandapat ira cukuplah hanya di Malaysia sebab ira taknak jauh-jauh dari keluarga. kebanyakkan mereka yang bekerja di luar negara memang gaji tinggilah. tapi kalau korang tengok disebalik gaji yang tinggi tu.
  • dalam setahun pun susah nak balik jumpa family
  • cuba bayangkan if something happen to family korang terutama ibu & ayah. jauhkan.
  • jika ada ahli keluarga yang meninggal fokus pada ibubapa juga. korang rasa korang berpeluang ke nak mandikan, kafankan, sembahyangkan jenazah?entah-entah hanya boleh tengok kubur jer kan.
  • kerja agak lama biasanya 12jam kalau kat luar negara.
*Malaysia menjadi lubuk emas oleh rakyat asing. kat situ kita dah boleh nampakkan. kat Malaysia pun ramai jer orang yang kaya.

******************************

dari segi pendidikan lak. tak salah korang nak belajar kat luar negara. tu hak korang. tu duit korang. cikit pun takde kene mengena ngan ira. haha. sebenarnya bukan tu ira nak cakap. cume nak bagitau pendidikan kat Malaysia ni sebenarnya dah cukup. kalau tak gi luar negara pun kita dah boleh dapat kat Malaysia ni. setuju tak?

lagipun sekarang ni kalau kita tengok kebanyakkan negara luar tak berapa selamat. tengok ea. antara beberapa negara yang ramai student rakyat Malaysia menuntut ilmu.
  • berlakunya pergolakkanantara pemimpin dan rakyat di Mesir- rakyat Malaysia terpaksa di bawa balik.
  • letusan gunung berapi dan tsunami di Indonesia- rakyat Malaysia dibawa balik juga.
  • Tsunami dan gempa bumi di Jepun
  • gempa bumi di New Zealand

pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang berjaya. semua orang kenal beliau

* kat mana-mana belajar sama jer. yang penting usaha seseorang itu. ramai jer rakyat Malaysia yang belajar di Malaysia berjaya. lagi 1 kalau korang nak tahu kat tempat ira belajar ni 20% adalah pelajar kedoktoran atau perubatan dari negara luar terutamanya Arab.

p/s: berbanggalah dengan Malaysia!

9 comments:

mian said...

that's true.standard malaysia pon tinggi jugak.cume beza kalau stadi luar negara adalah cbran cmne nak menghadapi life sorang2 kat sane =)

~iera nazirah~ said...

betul tu mian. tp klu fmli di selatan kite diutara pn jauh gak kan. dpt gak cabaran hidup berjauhan dgn fmili.

INFOzi said...

sometimes kite mesti berkorban tuk melangkah lebih jauh. bukan kite bekerja di oversea bermakna kite tak sayang kan family sebb tinggalkan diorang. statement tu langsung tak boleh diterima pakai. disebabkan syg kan family la kite kene berkorban tuk bantu family kite.

Saya komen sebb sy baru saje dapat offer tuk bekerja di Oman. Dan saya bangga sebab sy bekerja dengan company Malaysia. ini bermakna negara kita mampu berdaya saing hinggakan negara luar sanggup mengupah tenaga kerja dari luar. adalah sangat rugi jika kite tak manfaat peluang dan skill yang ade. semakin jauh kite pergi semakin luas ilmu yang dapat dipelajari. :)

~iera nazirah~ said...

infozi: maaf yer klu tidak boleh menerima pendapat sy. ini hanya pendapat sy jika bekerja diluar negara. statement anda

"bukan kite bekerja di oversea bermakna kite tak sayang kan family sebb tinggalkan diorang. statement tu langsung tak boleh diterima pakai"

dalam entry sy lgsung tidak menyebut perkataan tidak sygkan keluarga.

setiap org mempunyai hak sndiri. yer berkorban membantu keluarga itu sgt2 lah mulia. lagi2 kita sebagai seorng anak. tahniah kerana anda mndapat offer kerja di Oman. dan betul kata anda bahawa itu menunjukkan negara kita mampu berjaya saing hinggakan negara luar mengupah tenaga kerja luar. harap maaf jika anda tidak boleh menerima pendapat sy

INFOzi said...

ups.. jika ade tesilap ckp sy mintak maaf ye. sy juga memberi pendapat jugak. masing2 ade pndapat masing2 juz sharing hehe.. thanks. ;)

~iera nazirah~ said...

its ok..thanks 4 sharing :)

Anonymous said...

saya sokong pendapat cik iera. tapi setiap orang mempunyai hak untuk memilih. terima kasih atas pendapat.

annenyss said...

sokong INFOzi . jauh berjalan,luas pandangan,banyak pengalaman :)

~iera nazirah~ said...

cik anon : same2

annenyss: yer..jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman.. itu betul