.:andai kita tahu bila kita akan mati:.

kalaulah kita tahu bahawa esok kita akan mati sudah pasti kita tidak akan melepaskan sesaat pun untuk beribadat kepadaNYA. andainya manusia tahu bila hari kiamat akan tiba sudah pasti manusia itu tidak lupa sesaat pun menghambakan diri pada yang MAHA ESA. kalaulah aku tahu bila aku akan pergi pasti aku tidak lagi membiarkan diri ini lalai dengan mimpi sementara duniawi.

hidup didunia ini hanya mimpi kerana kehidupan yang sebenar adalah di akhirat sana. kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di akhirat iaitu mendapat syurga. alangkah indahnya mendapat syurga. layakkah kita? siapa kita untuk mendapat syurga? adakah kerana kita mengaku kita islam menentukan kita masuk syurga? kerana kita umat Nabi Muhammad kita akan dimasukkan syurga setelah terhapus dineraka segala dosa didunia? mampukah kita menghadapi neraka? SUBHANALLAH

kalaulah kita tahu bila kita akan mati. pasti kita berusaha menyiapkan diri menghadapi kematian.

Alangkah bertuahnya seseorang itu menghidapi penyakit kanser yang sudah tahu hanya beberapa bulan sahaja dia akan hidup. bertuahnya dia kerana tahu hayatnya sudah tidak lama. bertuahnya. dia boleh menggumpul pahala untuk bekalannya nanti. dia boleh menyiapkan dirinya menghadap Illahi. arrgggghhhhhh. betuahnya dia.

andai esok aku pergi adakah aku sudah bersedia? andai esok aku pergi cukupkah bekalan yang akanku bawa?andai esok aku pergi adakah amalanku didunia akan diterima?andai esok aku pergi....... renungkan dan fikirkan keadaan diri kita kini. bersediakah kita?

p/s: mengingati mati itu perlu
p/s: doaku agar kau aman disana wahai sahabat.

3 comments:

Anonymous said...

sesungguhnya manusia itu sering lalai dan leka. terima kasih kerana mengingatkan :)

cEmpAkA BirU said...

Perlu sentiasa mengingatiNya juga

~iera kan~ said...

betul 2