.:Dajal : part1- Dajal bermata satu sudah lahir:.

semalam kawan ira tetiba buka cerita pasal segi tiga bermuda. ira ingat kenapalah. rupanya dia nak tunjuk tiga jerawat yang tumbuh kat muka dia. "ira, ko tengok ni muka aku, 1,2,3. macam segi tiga bermuda plak" aku yang sedang khusuk melihatkomen-komen rakan ruang sahabat blogger terdiam dan memandang sahabatku itu. dan tetiba aku tergelak. "hahaha, apela ko ni. takde kene mengena langsung wei". sahabatku berlalu keluar dari bilikku dengan sisa baki ketawanya.

segi tiga bermuda..............ehhhhh, tu kan pulau yang dikaitkan dengan dajal kan. tetiba teringat akan 1 peristiwa yang berlaku di Israel beberapa tahun lalu. seorang bayi bermata 1 telah lahir dan ramai yang membuat ramalan, itulah dajal yang dijanjikan Allah melauli hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W. dannn timbullah idea sal dajal.

nilah seorang kanak-kanak yang telah dilahirkan di israel bermata satu
(tetapi bayi ini bukan dajal)

kemunculan dajal di akhir zaman ni memang sentiasa ditunggu-tunggu (takotnya). dan kita pun sekarang ni berda di satu episod akhir zaman. tanda-tanda kiamat kecih dah banyak kita lihat dan ira rase macam dah hampir keseluruhannya tanda-tanda kiamat kecil kita dah namapak dan lihat. hanya menanti tanda-tanda besar jer yang masih belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal........popularnya dia kan. popularnya dia samapai orang memperkatakan tentang dia. populanrnya manusia yang memiliki nama Dajal. kalau kita tengok kat buku-buku dan kita dengar dari kata-kata mulut manusia memang ada macam-macam versi cerita pasal dajal yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. tapi yang ira pernah dengar orang cerita pasal dajal dan ira percaya orang-orang lain pun pernah dengan cerita yang dajal adalah mahluk bermata satu melintang. ada juga yang ora dengar orang cakap dajal ni separuh manusia dan separuh jin keran ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya pula berasal dari bangsa yahudi.

melalui apa yang ira baca sebelum ni, dajal itu adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. buka keturunan jin, gergasi dewa atau apa sahaja selain manusia. banyak persoalan yang timbul tentang dajal yang menjadi salah faham. antaranya siapa dajal?di mana tempat tinggalnya?siapa keturunannya?bila dia dilahirkan?bagaimana rupanya?bila dia akan muncul?

itu semua akan disambung pada entry seterusnya.

p/s : kawan-kawan umah semua sambung tido. rasa nak g jogging tapi takde kawan la plak.

No comments: