.:jangan takut dengan kesakitan:.


Ada cerita tentang seorang lelaki lumpuh, hingga hanya duduk dirumah sahaja. sakitnya itu sudah berlangsung sekian tahun, hingga membuatnya putus asa. pada doktor sudah menyatakan tidak mampu untuk mengubatinya. mereka menyampaikan itu pada keluarga dan anak-anaknya.

pada suatu hari ada seekor kala jengking jatuh dari atap rumahnya tepat diatas tubuhnya, dan dia tidak boleh bergerak dari tempat duduknya. kala jengkin itu menjalar kekepalanya dan menyengatnya beberapa kali. selepas itu secara mengejutkan badanya boleh digerakkan mulai dari tapak kaki hingga kepala. darah hidup ke seluruh jasad. orang itu pulih dan sihat semula. dia berdiri di atas kedua kakinya, berjalan-jalan di dalam biliknya, membuka pintu dan menghampiri keluarga dan anak-anaknya. apabila dia berdiri mereka tidak percaya apa yang berlaku. mereka terperanjat buka kepalang. dan kepada mereka, dia menceritakan apa yang sudah berlaku.

Maha Suci Allah yang sudah memberi kesembuhan kepada orang itu melalui cara seperti ini.

cerita ini pernah diutarakan kepada ramai doktor, dan mereka pun membenarkan apa yang diutarakan. doktor menyebut ada serum antibiotik yang mengandungi racun, jika toksitnya diperkecilkan secara kimia maka serum itu boleh menjadi ubat untuk orang yang sakit lumpuh.

Maha Tinggi Zat Yang Maha Baik itu, yang tidak menurunkan satu penyakit pun kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.

6 comments:

yaya_flanella said...

terharunya :')

yaya_flanella said...

terharunya :')

AimanAriffin said...

good post! :)

fRaMe+LenSeS said...

Maha Kuasa ALLAH y menjadikan.
KunFayakun. dia kata jadi maka jadilah.. ;) alhamdulillah syukur kerana orang ni sembuh. ;)

~iera kan~ said...

yaya: :)

aiman: tq

frame+lenses: btul 2..jika Allah menghendaki sesuatu itu terjadi maka terjadilah ia

Yuyu said...

woahhh...kagum2...