.:persolan aurat dari otak yang berakal:.


persoalan aurat dari otak yang tak berakal. kenapa entry ini ditaip. sebab manusia itu telah mencabar ira. kerana manusia itu telah mempersoalkan diri ira. kerana manusia itu tidak faham situasi dan kerjaya ira. kerana mungkin manusia itu masih jahil lagi tentang islam.

ira mendapat sms dari seorang hamba Allah. sungguh sedih ketika membaca mesej tersebut. kenapa? kau juga adalah wanita. kau juga adalah islam. mesej dihantar mungkin disebabkan enrty pagi tadi. klik sini. ya aku tahu aku bukan sesiapa untuk menasihati. itu adalah luahan hati dan juga fikiran akalku yang aku fikir betul dan aku rasa langsung tidak menyentuh sesitiviti individu lain.

manusia itu bertanya. "ehhh ira bukan kau punya uniform nurse lengan pendek ker?ko ni tahu nak nasihat orang jer. macamlah kau tak buat salah?"

  • adoi, aku pulak yang kena. memang uniform aku lengan pendek dan aku tahu tu aurat aku. maaf yer manusia. itu hanya didalam wad ketika aku menjalankan tugas aku. bila keluar wad aku tutup lengan aku. kau ingat aku sengaja ke nak buka aurat aku kasi orang tengok. dah memang tugas aku sebagai jururawat merawat orang sakit. semasa melakukan kerja jururawat akan sengseng lengan untuk mengelakkan berlaku jangkitan pada pesakit. takkan ko tak tahu. fikir baik-baik. aku ni terikat di bawah peraturan yang tak mampu aku lawan. aku hanya orang bawah yang tak mampu melawan pihak atasan. kalau aku adalah pihak atasan insyaAllah aku cuba sedaya upaya untuk menutup bahagian itu.
manusia itu pun menjawab jawapan aku."alaaa. tu peraturan dunia je ira, kau tak takut ke balasan akhirat?"
  • aikkkk. tahu plak kau berkata-kata tentang akhirat. yang kau tu sibuk nak cari kesalahan orang tak takut akhirat ker cik akak. macam tadi yang aku cakap. aku hanya orang bawah. bukan orang atasan. kalau aku orang atas sudah pasti aku akan menyuruh semua staff aku menutup aurat. sebelum ni bukan takde orang yang fight tentang isu lengan pendek ni.. ada jer. tapi pihak atasan dah cakap tak. staff kene ikut jer la peraturan tu. kau jangan persoalkan tentang uniform aku ok. itu peraturan dunia yang memang aku tak mampu lawan.
manusia itu berkata lagi"aurat tetap aurat.banyaknya alasan kau"
  • adakah alasan aku tidak boleh diterima akal. cik akak, student nursing UIAM yang lengan panjang tu pun sengseng lenganlah bila buat kerja dalam wad. macam tulah aku. hanya dalam wad. tapi diluar aku tutup aurat aku. kalau kau masih tak puas hati apa kata kau tolong jumpa pihak atasan atau ketua jabatan aku minta supaya kami dibenarkan memakai lengan panjang. at least kau dapat pahala.
bergitulah sifat manusia yang tidak pernah puas mencari silap orang lain. aku benci manusia seperti itu. tapi aku tidak boleh menyalahkan manusia itu. mungkin dia masih jahil.

13 comments:

forever love said...

saba ye iera... dosa pahala Allah yang tentukan.. dankita cuba buat yang terbaik dalam hidup kita...

~iera kan~ said...

tq tiq

riben putih said...

anis xbrani nak cakap lebih..anis tak perfect mane...semua dah akil baligh..pandai-pandai lah pikir..ye x?

iera suh la dye tanye prof midah~ haha

~iera kan~ said...

bdk tu bkn student kite...xpe ira akan try rujuk ustazah

tika said...

sm le kite...sllu gk kena condemn fsl uniform ni...

kitorg prnh gk fight utk btlkn balik etika pakaian,tp lain plak yg jd...
tudung yg mula2 leh pkai kt luar,kena masuk dlm...

then baju mmg kena senseng lgn..tp ade byk sbb la
-elak rebakkn lbh infection
-lbh mdh wt keje
-sterility field


tp klu fkir uniform ketat @ longgar,depends pd org,jgn ketat sgt,n jgn longgar sgt...ini bergantung pd kje gk,klu tgk rushing2,pakaian pn leh jd mcm hlngn gk...

tp,setahu tika,kitorg pnh rujuk pd ustaz hal2 tabarruj dlm kije ni,
die ckp ni adalah darurat yg mn kite terpakse ikut...

wallahua'lam....
-yg pnting dlm kije kite skrg,biarlah nawaitu ikhlas...soal pakaian tu,Allah Maha Mengetahui...

~iera kan~ said...

tq tika atas ulasan...hal macam ni memang ssh untuk diperkatakan.

'Atiqah Ibrahim said...

hish... bende basic xkan tak tau.... mestila kene tarik lengan tu...
hurm.. manusia mcm tu la... sabar byk2...

Anonymous said...

alahaiii...maklhlukkk mne la ni yg xreti fhm bhsee.....tgk situasii la....dalm islam pon ketika sakit ada batasnya....klu mcm tu xpyhla org skit p hospital dok medical check up la pe la...sentuh aurt gk...buka gk yg mna ptt..tunjuk kt dokor..sbb..dah SAKIT...so...itu bukn sbb kta sja2 pki lengan pendekk...ish..terasaa plk dia ckp cm tu....sabarr je la IRA...jnji kta dah jlnkn tngjwb sebarkn nsht stu sama len...tu yg pentg...:)

Amira Anorah said...

kalau pakaian tu mungkin biasa..kalau nak kerja tapi tak diberi solat..itu lagi parah..
masing2 punya akai..pikiaq sendiri....

Hafizaradi said...

msti lah budak tu sentap....dh mmg skrg ni ligat sgt ikut fesyen yg tahpehape tuh....cntik xper jugak....adoi....!

~iera kan~ said...

tiqz: mungkin die xtau kot sbb tu die berkata mcm tu..huhu

~iera kan~ said...

fatin: xpe..lpas ni kite pkai glove mase sentuh pt ea..even pt xde pnyakit berjangkit..haha..ape perasaan pt?mesti die terasakan...

masing2 dh besar blh fikir sndiri...dah blh nilai mana yg haram mana yg tanggungjawab

~iera kan~ said...

mira: yer..masing2 punya akal dan boleh menilai yang baik dan buruk:)

kak fiza:biarlah die tersentap...semoga dia akan sedar.