.:anda juga tidak pernah tahu:.


malam diciptakan supaya manusia berehat-rehat setelah seharian melakukan aktiviti. yang kerja sedang beristirehat sambil menonton televisyen. budak sekolah dengan pen dan pensilnya menyiapkan kerja sekolah. cikgu sedang sibuk menanda buku pelajarnya kerana esok akan dikembalikan buku tersebut. penuntut-penuntut IPT pula sibuk menyiapkan assignment untuk perbentangan, sibuk menaip kerja-kerja yang berlambak. tapi memandangkan hari ni hari jumaat budak-budak sekolah masih lagi tersusun kemas buku-buku kerja sekolah mereka di dalam beg. cikgu pula masih elok buku tersusun menimbun untuk ditanda dek kerana esok sabtu. ada yang keluar merayap kerana esok cuti. ada yang dah bersiap sedia melepak di warung-warung atau kedai kopi. kalau kat KL pula hari jumaat macam ni dataran merdeka, tasik titiwangsa, tasik permaisuri, bintang walk dan tempat-tempat yang tak berapa jauh dari KL macam Icity, putrajaya akan menjadi tempat untuk melepak dan melepaskan tekanan.

korang pernah fikir tak time korang duduk-duduk saja apa yang akan berlaku pada diri korang? apa akan berlaku 1jam akan datang? atau 1 hari atau 1 bulan atau mungkin 1 tahun akan datang? mesti korang tak tau kan apa akan terjadi. hidup lagi ke kita dalam masa 1 minit akan datang atau mungkin 1 dekat lagi kita akan hidup? semua tu ketentuan Allah. pernah tak korang terfikir time korang melepak kat warung kopi tetiba ada sebuah lori yang sedang laju merempuh warung tersebut dan korang terlibat lalu meninggalkan dunia ni.

kita memang tak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. sama ada waktu terdekat mahupun yang akan datang. selalu kita dengar orang cakap, "yesterday is history, tomorrow is mistery and today is a gift". hari esok sememangnya misteri kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi dan apa yang sedang menunggu kita di hadapan.

kita juga tak tahu adakah roh akan kembali pada tubuh kita masa kita tidur atau malaikat maut datang menjemput dan mengakhiri hidup kita. kita tidak tahu apakah dugaan hidup yang akan melanda sama ada kecil atau besar atau adakah dugaan itu berupa kesusahan mahupun kesenangan. tetapi kita haruslah mempersiapkan diri kita untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba. INSYA'ALLAH

2 comments:

ewanthology said...

kita hanya merancang

Hafizaradi said...

Insaf sekejap....semua betul...!