.:nilai seorang wanita.peliharalah!:.


Aku sebagai seorang wanita terasa hina bila melihat bertapa mudahnya seorang wanita menyerahkan diri mereka kepada lelaki-lelaki yang tidak sepatutnya dengan hanya topup RM10. dan kat sini sengaja nak kongsi sedikit tak kira lelaki atau wanita di luar sana. memang setiap manusia yang menjadi khalifah di bumi ni tidak pernah lepas dari membuat silap. tetapi Allah itu Maha pengampun. Pinntu taubat itu sentiasa terbuka untuk orang-orang yang telah menyedari akan kesilapannya. Allah takkan mengubah nasib seseorang itu melaikan dia sendiri yang mengubahnya.

kata seorang naqibah, anda sebagai wanita patut berasa rugi kerana ketahuilah "lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat demikian.

hanya dengan:

  • sekali sentuhan corak rama-rama boleh musnah
  • dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada
  • jika 3kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak
jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi. kat sini kita dah nampak camne tingginya maruah seorang wanita itu begitu mudah jatuh mungkin secara sukarela wanita itu sendiri. harap kita sebagai seorang perempuan dapat pelihara diri kita dari menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalit noda keatas diri kita.

wahai wanita-wanita, kasihanilah diri dengan menjadikan diri ini berharga. nilai wanita itu terletak pada harga diri. nilai wanita tentu terletak pada diri yang hanya sanggup dibayar dengan kejujuran. tiada erti jika digilai kalau yang mengilai itu hanya lelaki yang tidak tahu diri.

p/s: biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat dapat jodoh tetapi lama ditinggalkan pergi.

p/s/s: biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.

6 comments:

delarocha said...

apabila nafsu menjadi raja

maruah entah hilang ke mana

~iera kan~ said...

betul tu..bila nafsu menguasai diri...akal fikiran tak berguna lagi

eddy said...

tp kalau ade elaki yang sentuh ttp bertanggungjawab atas apa yg disentuh mcm mane pula?

~iera kan~ said...

mungkin dah jd trend skrg lelaki sentuh perempuan tanpa rasa serba salah...klu lelaki tu bertanggungjawab bagusla...but we must know it still sin right...so klu leh kite elakkan la

eddy said...

kadang2...jgn salahkan lelaki je... sedih lelaki kat cini bace... not all bad..

~iera kan~ said...

entry ni tak salahkan lelaki pun..sape mkn cili die terasa pedasnye...sebenarnye tu semua bergantung pd akhlak individu tu sndiri..tak kira lelaki atau wanita