.:khas buat mereka:.


salam 1 malaysia. hari ni aku nak join segmen dari abang Ben Ashaari yang bertajuk "khas buat mereka yang berprofesion JURU". walaupun aku belum betul-betul menjadi seorang jururawat aku tetap nak join segment ni. takpe kan abang Ben.

kerjaya jururawat ni kalau nak suruh aku cerita memang panjang. tak larat pula orang nak baca. secara ringkasnya ianya memang satu profesion yang hebat. kenapa?
  1. bukan mudah nak jadi jururawat. kene ada at least 3tahun pembelajaran. tu pun bukan senang sebab macam-macam kene belajar. anatomi & fisiologi manusia, penyakit dalam setiap sistem yang ada pada manusia, ubat-ubatan dan macam-macam lagi. FENINGGG
  2. bekerja dengan nyawa manusia. kalau silap sikit risiko seorang pesakit mati. so, kat situ dah nampak jururawat ni satu bidang yang bukanlah mudah.
  3. orang yang rapat dengan pesakit. menjaga pesakit dari A to Z. head to toe. makan, minum, kebersihan, mandi(untuk pesakit yang tidak mampu buat sendiri), bagi ubat, cuci luka dan macam-macam lagi.
  4. kesabaran yang tinggi. ni paling penting. nak jadi jururawat memang perlu banyak sabar. bukan sahaja sabar melayani kerena pesakit yang berbagai. tapi juga kene tahan melayan kerena doktor yang bermaca-macam perangai. bukan buat kerja dengan robot. huhu
  5. ikhlas. nak jadi nurse ni kenelah ikhlas baru rasa seronok. yelah setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan. kalau kita ikhlas buat sesuatu insyaAllah pulangannya pun baik kat diri kita.
  6. senyum. kalau marah, geram, bengang, sakit hati muka maintain senyum gak. hahaha. susah tau tak nak senyum jer bila tengah marah. korang try la.
  7. senang dapat pahala senang dapat dosa.
sebenarnya banyak lagi nak cerita. tapi tu dah cukup kot. cuma nak bagitau masyarakat kat luar sana janganlah pandang rendah dekat jururawat yer. memang dah jadi stigma masyarakat sejak dari dulu jururawat ni dipandang rendah sebab mungkin banyak cerita pasal kemusnahan akhlak atau masalah sosial dan pada zaman dulu sesapa pun boleh jadi jururawat & tidak memerlukan kelulusan yang tinggi. tak macam sekarang kene ada basic sains baru leh apply diploma in nursing. pada aku tak patot pandangan tu diteruskan sehingga sekarang.

kenangan manis & pahit tu memang banyak. dan aku malas nak cite sebab nanti meleret-leret. cuma ucapan terima kasih dari seorang pesakit itu sangatlah manis dikenang kerana aku rasa dihargai bila pesakit aku cakap camtu.

p/s: walaupun aku tak jadi jururawat lagi aku still nak join segmen ni sebab lagi beberapa bulan insyaAllah aku akan jadi staffnurse. sekarang tengah exam. insyaAllah kalau lulus exam ni aku boleh duduki exam lembaga jururawat malaysia untuk melayakkan diri aku menjadi seorang jrurawat. korang semua doakan aku yer.

p/s/s: thanks pada adik yana yang tag nama aku untuk join segmen dari abang Ben ni. ikotkan memang tengah malas nak update blog sepanjang study week ni.

10 comments:

mas saari said...

semoga jadi nurse yang berkaliber nanti... good luck utk exam!


Selamat Hari Misi!

~iera kan~ said...

thanks kak mas...ehhh lupe lak esk hari jururawat

Ir. Jamal said...

Salam Ziarah dari Jamal. Datang dari Blog Abg Ben..

Jamal datang nak baca entry yang best-best dari segmen KHAS BUAT MEREKA.

Jom baca entry Jamal pulak ye. Kalau rajin tolong la komen sikit..:-)

www.jamaluddin.net

~iera kan~ said...

tq..akan melawat

Karen Monica said...

Good luck iera...semoga berjaya :)

Fahimah Mahayuddin said...

salam ziarah dari blog ben ashari.Saya memang kagum sangat dekat awak sebab kerjaya yang selalu berhadapan dengan public ni memang susah! Lebih2 lagi nak layan macam2 kerenah pesakit....Bukan semua org boleh buat.Kalau saya, tengok darahpun dah pitam..hehehe

Kelab Kembar Malaysia said...

Selamat hari jururawat! singgah dan baca cerita juru!

~iera kan~ said...

puterikasih : thanks yaaa

~iera kan~ said...

eiymah: thanks sbb memahami...mmg kerjaya jururawat ni bukan kerjaya yang mudah

~iera kan~ said...

husaini: thanks yaaa...akan singgah